Get $25 free
loading...

KISAH BALIK SUBUH:Kerajaan PH terbina hasil PEMBOHONGAN terhadap rakyat


KEMENANGAN PH ATAS DASAR PEMBOHONGAN!!!-PENYOKONG PAS■

Nabeel balik solat subuh tadi, sempat berborak dengan Pakcik Hussin dekat surau tadi. Pakcik Hussin ni memang penyokong dan ahli tegar PAS. Biasanya, Nabeel lari saja kalau dia start sembang pasal politik. Bukan apa, Pakcik Hussin ni bukan sahaja orang lain tak boleh berlain dari pendapat dia tapi dia juga panas baran walaupun dia ni di surau dia memang champion la tolong hal ehwal surau dan juga urusan-urusan repair-repair tandas, PA system dalam surau.

Nabeel pun pelik, macam mana boleh sangkut dengan Pakcik Hussin pagi ni walaupun tak dinafikan dia ada anak-anak dara yang cun-cun jugak.🤣🤣🤣

Pakcik Hussin masa dekat moto Nabeel, dia pun panggil Nabeel. Dia tanyalah, Nabeel sekarang macam mana, study dekat UiTM best ke tak, pastu bagitau la suruh jaga-jaga dengan macam-macam aktiviti yang berlaku sekarang. Tanya Nabeel dah ada girlfren ke tak? Kalau ada jangan bonceng2 awek tu. Nabeel kata takda lagi😂😂😂. Lagi berat, jangan terlibat jadi geng songsang untuk lampias nafsu. Masa tu dia dah mula nak masuk bab politik.

Dia pun kata la, masa BN dulu memang ada benda ni bukan takda. Tapi takdala berleluasa. Sekarang ni geng ni makin terbuka. Dia kata sepatutnya hukum Islam ditegakkan supaya perkara ni tak berlaku. Pakcik Hussin dah start gear satu.😂

Nabeel tanyalah, Pakcik Hussin tak pangkah PH ke PRU hari tu. Muka dia dah mula merah cam siot. Nabeel dah gerun sikit. Tapi Pakcik Hussin tarik nafas, mungkin pasal Nabeel nampak cam calon menantu kot🤣🤣🤣.

Jadi, dia pun cakap Pakcik kekal dengan Pas. Nabeel tanyalah apa pendapat Pakcik tentang kemenangan PH dalam PRU lepas?

Pakcik Hussin pun menghela nafas panjang dengan nada geram. PH menang atas dasar penipuan dan mereka tak gentleman!!!

Nabeel tanya, kenapa Pakcik cakap macam tu?

Pakcik Hussin balas, PH fitnah Pas terima RM 90 juta dari UMNO dari duit 1MDB sedangkan satu duit pun mana ada PAS terima dari UMNO. Sebab fitnah ni, ada penyokong PAS pun tak pangkah PAS pun, menyebabkan banyak kawasan PAS kalah dalam PRU lepas walaupun kerusi tu secara tradisinya hak PAS.

Pakcik Hussin pun pesan kat Nabeel, Kerajaan PH sekarang bukan dibina atas dasar yang hak dan rakyat sekarang  kena tipu dengan penipu-penipu dan pemfitnah-pemfitnah. Nabeel angguk saja sambil tengok anak pompuan Pakcik Hussin panggil Pakcik Hussin dalam kereta.🙄🙄🙄

Selepas tu, Pakcik Hussin pun minta diri dan kata, Sungai Kandis kali ni BN wajib menang untuk ajar sikit PH, jangan eksyen sangat, sambil dia pun tersenyum dan pegang tangan Nabeel dan jemput Nabeel kalau2 free bolehlah datang ke rumah minum-minum.🤣🤣🤣.

Insha Allah, Pakcik.. sambil2 ushar anak pakcik yang mukanya hampir macam awek Trivago tu.😅😅😅.

-Nabeel Naqie-
Previous
Next Post »
loading...