Get $25 free
loading...

Jangan sampai jadi seperti Melayu Singapura


6 Zulhijjah 1439H, Sabtu – Orang Melayu diingatkan supaya tidak mengambil mudah terhadap ancaman pihak tertentu yang cuba menggugat kedudukan istimewa dan identiti negara walaupun dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.
Ketua Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Muhammad Farid Hussein berkata, beliau bimbang sikap ambil mudah itu akan memberi kesan buruk kepada bangsa Melayu di negara ini, sebagaimana yang berlaku terhadap orang Melayu di Singapura.
Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan Singapura dan kaum Melayu di sana dijamin kedudukan istimewanya dalam Perlembagaan mereka. Tetapi apa sudah jadi dengan Melayu Singapura?
“Sedarlah bahawa kita sekarang sedang diasak dengan hebat oleh pihak-pihak yang ingin mencairkan identiti negara kita yang berteraskan Islam dan Melayu,” katanya ketika berucap pada majlis Pelancaran Kempen Ini Negara Perjuangan 2018, di ibu pejabat Isma di sini, hari ini.
Beliau berkata, orang Melayu jangan mudah terpedaya dengan pihak yang kononnya patriotik serta sayangkan negara, tetapi tidak menghormati Perlembagaan yang bertunjangkan Islam, Melayu dan Raja, sebaliknya lebih berkiblatkan kuasa asing dalam menentukan hala tuju Malaysia.
Muhammad Farid berkata, beliau kesal terhadap rakyat di negara ini yang dilihat sengaja melupakan sejarah kehebatan Tanah Melayu daripada Kesultanan Kedah Tua dan Melaka sehinggalah perjuangan pahlawan terdahulu dalam menentang penjajah.
Negara-negara lain sangat berbangga dengan sejarah silam masing-masing, terutamanya zaman kegemilangan mereka seperti Amerika Syarikat (AS) yang berbangga dengan kemerdekaan mereka menentang British, Itali dengan tamadun Romnya, Greece dengan tamadun Greek.
Malangnya di tanah air, sengaja dilupakan sejarah kehebatan Tanah Melayu daripada Kesultanan Kedah Tua, Kesultanan Melaka sehinggalah kepada perjuangan pahlawan dahulu melawan penjajah Portugis, Belanda, British, Jepun dan komunis,” katanya.
Beliau berkata, keadaan itu seolah-olah wujud arus yang tersusun untuk menafikan kehebatan sesuatu bangsa penduduk asal negara ini yang tidak berhenti berjuang mempertahankan kedaulatan Malaysia.
“Justeru, Pemuda dengan penuh keinsafan dan rasa tanggungjawab telah melancarkan kempen Ini Negara Perjuangan bagi memberikan fokus utama untuk mempertahankan identiti negara yang berteraskan Islam, Melayu dan Raja terutama dalam menghadapi ancama yang semakin bertambah.
“Semoga semangat perjuangan pahlawan nenek moyang kita dahulu juga diwarisi oleh kita demi kemaslahatan agama, bangsa dan generasi orang Melayu Islam akan datang,” katanya.-ismaweb
Previous
Next Post »
loading...