Get $25 free
loading...

IKSIM: Hilang RM7. 4 juta, Menteri FITNAH, berdepan tindakan undang-undang


Institut Kajian Strategik Islam Malaysia dakwa Mujahid fitnah


25 Zulkaedah 1439H, Selasa – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) membekukan sementara akaun Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), berkuat kuasa serta-merta, selepas mendakwa RM7.4 juta wang agensi itu tidak dapat dikesan.
Bagaimanapun, IKSIM dalam satu kenyataannya menafikan dakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan menyifatkannya sebagai satu fitnah.
Pada sidang media di Parlimen semalam, Mujahid berkata, tindakan itu diambil selepas kerajaan baharu PH melakukan audit dalaman dan mendapati, RM7.4 juta wang IKSIM yang diterima daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), tidak dapat dikesan.
“Langkah itu bagi membolehkan IKSIM melalui proses pemulihan daripada unsur penyelewengan dana korporat. Keputusan dibuat selepas audit dalaman dilakukan dan mendapati sejumlah RM7.4 juta perbelanjaan daripada RM7.6 juta tidak dapat dikesan.
“Kira-kira 97 peratus dana yang dibelanjakan IKSIM tidak diketahui atau dikesan, berapa dan bagaimana ia dibelanjakan. Ini bukan jumlah kecil bagi IKSIM dan yang kita tahu, hanya 2.2 peratus ada butiran transaksi,” katanya.
Mujahid bagaimanapun, berkata kerajaan akan menyelesaikan segera tunggakan gaji kakitangan IKSIM sejak Jun lalu.
“Kita buat keputusan, semua gaji pekerja yang tertunggak akan diselesaikan seberapa segera. Tak timbul isu kami abaikan pekerja.
Mengulas lanjut, Mujahid berkata, kepincangan dalam IKSIM harus didedahkan kerana mereka yang bertanggungjawab mengendalikan agensi itu disyaki menyalahgunakan kuasa dan pentadbiran kewangan.
“Yang boleh kami kesan hanya RM0.2 juta sahaja yang ada resit dan bukti transaksi. Selain itu tak tahu di mana ia dibelanjakan,” katanya.
Sementara itu, IKSIM menerusi satu kenyataan dalam laman webnya berkata, Mujahid membuat satu bentuk dakwaan berdasarkan laporan pasukan audit dalam MAIWP yang bukan juruaudit bertauliah, malah dapatan mereka masih bersifat separuh masak kerana belum dijalankan ‘exit conference’.
“RM7.4 juta dana yang dibangkitkan oleh YB Menteri adalah berpunca dari prosedur kerja dan tatacara perakunan yang berbeza di antara MAIWP dan prosedur yang digunapakai oleh IKSIM. Setiap ringgit yang diuruskan perbelanjaan oleh IKSIM mempunyai rekod terperinci dan boleh disemak dalam masa beberapa minit. Akan tetapi pasukan Audit MAIWP menganggap perbezaan itu sebagai kesilapan.
“Untuk makluman, IKSIM bukan anak syarikat MAIWP. IKSIM telah diaudit BERSIH sejak ditubuhkan oleh juruaudit bertauliah. IKSIM tertakluk di bawah Akta Syarikat dan MAIWP pula di bawah Akta 505.
“Pihak IKSIM ingin mengingatkan semua pihak bahawa kenyataan dan dakwaan yang telah dibuat berdasarkan laporan audit separuh masak oleh YB Mujahid Yusof Rawa di luar Parlimen sebentar tadi tidak diberikan imuniti. Justeru sesiapa yang memanjangkannya boleh terjebak dengan tindakan undang-undang,” kata kenyataan itu.
Sebelum ini, IKSIM mendakwa kerajaan PH berhasrat menutup institusi itu selepas disekat menerima dana sehingga mengalami kekurangan sumber kewangan dan tidak dapat membayar penuh gaji kakitangan sejak Jun lalu.
 KENYATAAN AKHBAR IKSIM
Kenyataan Mujahid Berbaur Fitnah & Berdasarkan Laporan Audit Separuh Masak

Merujuk kepada sessi penggulungan oleh  YB Mujahid Yusof Rawa, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri di Parlimen petang tadi berkenaan laporan Audit Dalam oleh Pasukan Audit Dalam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan  (MAIWP) ke atas Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) ternyata ia bersifat FITNAH.

Yang Berhormat Menteri telah membuat satu bentuk dakwaan berdasarkan laporan Pasukan audit dalam MAIWP yang bukan juruaudit bertauliah. Malah dapatan mereka masih bersifat separuh masak kerana  belum dijalankan “exit conference”.

Pihak IKSIM telah memberikan kerjasama penuh kepada pihak Audit Dalam (MAIWP) sejak dari awal dan masih menunggu “exit conference” yang telah ditangguhkan sebanyak 3 kali oleh pihak MAIWP setelah pihak IKSIM menjawab semua soalan-soalan yang dikemukakan.

Pihak IKSIM menyeru supaya semua pihak berpegang kepada etika kerja yang betul dan tidak melangkaui prosedur dengan mengemukakan pelbagai bentuk dakwaan sebelum semua proses audit lengkap sepenuhnya.

RM 7.4 Juta dana yang dibangkitkan oleh YB Menteri adalah berpunca dari prosedur kerja dan tatacara perakunan yang berbeza di antara MAIWP dan prosedur yang digunapakai oleh IKSIM. Setiap ringgit yang diuruskan perbelanjaan oleh IKSIM mempunyai rekod terperinci dan boleh disemak dalam masa beberapa minit. Akan tetapi pasukan Audit MAIWP menganggap perbezaan itu sebagai kesilapan.  

Untuk makluman, IKSIM bukan anak syarikat MAIWP. IKSIM telah diaudit BERSIH sejak ditubuhkan oleh juruaudit bertauliah. IKSIM tertakluk di bawah Akta Syarikat dan MAIWP pula di bawah Akta 505.

Pihak IKSIM  ingin mengingatkan semua pihak bahawa kenyataan dan dakwaan yang telah dibuat berdasarkan laporan audit separuh masak oleh YB Mujahid Yusof Rawa di luar Parlimen sebentar tadi tidak diberikan imuniti. Justeru sesiapa yang memanjangkannya boleh terjebak dengan tindakan undang-undang.
Previous
Next Post »
loading...