Get $25 free
loading...

(Hari Jadi Suami/isteri Kongsi Hidup) Pensyarah Tegur Jemut Masing kata 31 Ogos Tiada Kaitan dengan Sarawak


"Kontroversi 31 Ogos: umpama menidakkan hari jadi isteri atau suami sendiri dalam sebuah perkahwinan".

Itu respon penganalisis politik UNIMAS, Dr Jeniri Amir apabila diminta mengulas mengenai kenyataan Tan Sri James Jemut Masing berhubung pengecualian negeri Sarawak dalam sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos.

"Adakah ini yang mahu dilakukan selepas Malaysia Baharu. Menidakkan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos umpama menafikan tarikh lahir isteri atau suami kita sendiri dalam sebuah perkahwinan. Kita perlu memahami perkara ini dalam konteks sejarah," katanya ketika dihubungi Astro AWANI, di sini hari ini.


Ujar Jeniri, kenyataan James juga adalah isyarat sentimen rakyat Sarawak yang mahu diberikan layanan sama rata oleh kerajaan Pakatan Harapan di Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lalu.

BACA: '31 Ogos Hari Kemerdekaan Malaya, tiada kaitan dengan Sarawak' - James Masing


Katanya, Sarawak sendiri mempunyai tiga tarikh bersejarah iaitu 22 Julai (Hari Penubuhan Sarawak), 31 Ogos (Hari Kebangsaan) dan 16 September sebagai Hari Malaysia.

"Ketiga-tiga tarikh ini sepatutnya tidak mempunyai masalah," katanya.
Previous
Next Post »
loading...