Setiausaha Kanan Shaharuddin, Zafrullah Aris dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi memberitahu, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Pinggiran Putra selepas solat Maghrib.
"Urusan pengebumian akan dilakukan esok.
Semoga Almarhum ditempatkan bersama orang beriman dan beramal soleh,"katanya.
Sebelum ini Shaharuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan Dan Pembangunan Modal Insan dilaporkan tidak sihat dan sedang bercuti sakit selama sebulan.  - K! ONLINE