Get $25 free
loading...

Tutup Klinik 1Malaysia? KKM sambil Kaji Sambil Tutup?



HABIS… Fobia dengan segala legasi bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Pakatan Harapan (PH) mula bertindak tutup apa sahaja tinggalan imej beliau yang dekat rakyat marhaen!

Terbaharu, waima tidak termasuk pun senarai 10 janji manifesto PH untuk dilaksanakan dalam tempoh 100 hari pemerintahan, kerajaan baharu Malaysia itu bakal henti operasi beberapa buah Klinik 1 Malaysia di seluruh negara.
Ia sekali gus mengesahkan kebimbangan rakyat jelata terutamanya golongan tidak mampu mengenai status klinik kerajaan diwujudkan Barisan Nasional (BN) itu apabila akhirnya jadi kenyataan untuk ditutup dalam masa terdekat.
Beberapa notis penutupan Klinik 1 Malaysia di sekitar Lembah Klang tersebar menerusi media sosial. Namun tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak bertanggungjawab khasnya daripada Kementerian Kesihatan sendiri.
Ramai kalangan netizen pro-PH mempersoalkan kenapa tidak ada kenyataan rasmi dibuat pihak kerajaan manakala pengguna media sosial pro-BN bertanya mengapa hanya klinik yang banyak bantu orang miskin pula perlu ditutup.
Ada turut persoal kenapa cukai jualan dan perkhidmatan (SST) untuk kapal terbang, kapal mahupun kapal angkasa dan alat sukan luncur salji tidak dikenakan tetapi klinik rakyat pula jadi mangsa ditutup mulai 1 September depan.
Mengapa keistimewaan diberi kepada orang kaya dan mengapa orang miskin didiskriminasi? Apa guna rakyat derma kepada Tabung Harapan Malaysia konon untuk bayar hutang kerajaan yang didakwa cecah RM1 trilion?
Adakah ini hadiah untuk rakyat terutama pengundi PH sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-61 pada 31 Ogos nanti sebagaimana pelaksanaan semula SST sebanyak 16 peratus berkuat kuasa sehari selepas tarikh keramat itu?
Setakat ini notis penutupan Klinik 1 Malaysia itu yang sudah tular cuma melibatkan premis di sekitar Selangor iaitu Sungai Kayu Ara, USJ 1 Subang Jaya, Seksyen 24 Shah Alam, Damansara Damai, Puchong Jaya dan Kelana Jaya.
Tidak diketahui sama ada Klinik 1 Malaysia di kawasan lain turut menerima nasib yang sama, namun khabar angin menyatakan lebih banyak klinik berkenaan di seluruh negara akan ditutup secara berperingkat sepanjang tahun ini.
Untuk rekod, klinik khas ini diwujudkan oleh Najib bersesuaian dengan gagasan 1Malaysia diperkenalkan pada tahun 2009 melibatkan pembukaan lebih 50 buah di seluruh negara yang beroperasi setiap hari kecuali cuti umum.
Ia hanya kenakan caj RM1 kepada warga Malaysia dan RM15 untuk rakyat asing. Kewujudan klinik ini yang ringan beban penduduk miskin bandar menyebabkan banyak klinik swasta mengalami kerugian.
sumber : my news hub
Previous
Next Post »
loading...