Get $25 free
loading...

(Tuduhan DITARIK AG) Ahli Parlimen Kampar dilepas dan dibebaskan


Keputusan itu dibuat Hakim Norashima Khalid selepas permohonan menarik semula tuduhan terhadap wakil rakyat DAP itu dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Fadhli Ab Wahab yang menerima arahan daripada Jabatan Peguam Negara.


IPOH: Ahli Parlimen Kampar, Thomas Su Keong Siong, 52, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menganjurkan perhimpunan haram, lima tahun lalu.
Keputusan itu dibuat Hakim Norashima Khalid selepas permohonan menarik semula tuduhan terhadap wakil rakyat DAP itu dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Fadhli Ab Wahab yang menerima arahan daripada Jabatan Peguam Negara.
Keong Siong yang ketika itu menjadi Ahli Parlimen Ipoh Timur didakwa kali kedua pada 14 Oktober 2016 kerana dipercayai menganjurkan perhimpunan itu di Wisma Chin Woo, di sini, jam 7.30 malam pada 9 Mei 2013.

Sebagai penganjur ceramah umum, beliau didapati gagal memaklumkan perkara itu kepada Ketua Polis Daerah Ipoh dalam tempoh 10 hari sebelum program terbabit diadakan.
Beliau dituduh mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 di bawah akta sama jika sabit kesalahan.
Keong Siong diwakili barisan peguam iaitu Ram Karpal Singh, Dexter Mah, Omar Kutty, RSN Rayer dan Michelle Ng.
Pada 16 Mei 2014, Mahkamah Sesyen, di sini, melepaskan tanpa membebaskan Keong Siong dan Setiausaha PKR Perak, Mohammad Anuar Zakaria, 47, daripada tuduhan menganjurkan perhimpunan awam tanpa notis di tempat dan masa yang sama.
Hakim Rushan Lufti Mohd ketika itu membuat keputusan itu kerana terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang menyatakan syarat notis 10 hari mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 sebagai bertentangan dengan Perlembagaan.
Sementara itu, Keong Siong ditemui selepas itu melahirkan rasa gembira dan keputusan itu akan membolehkannya kembali fokus kepada tugas sebagai ahli Parlimen di kawasannya. - BH Online
Previous
Next Post »
loading...