Get $25 free
loading...

(PLAN HALUS) AG, CJ, Menteri Undang2 SUDAH, Menteri, Timb Menteri Agama SUDAH




(1) Tadi saya terbaca posting "bro" Mohd Rahmat Md Ali. Keluh beliau :

"● LGBT mula keluar daripada persembunyian dan cuba diserap ke dalam pentadbiran. Disokong ahli parlimen secara terbuka.

● Syiah mula mendapat tempat dan mengambil imej "mangsa".

● Ahmadiyyah dibenarkan melakukan "Solat Jumaat" secara terbuka.

● Menteri Undang-Undang, Peguam Negara dan Hakim Negara semua bukan Islam. Malah ada yang mempunyai 'track record' menyokong murtad dan isu kalimah Allah.

● Pengiktirafan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, sijil UEC, kelantangan menghina Institusi Raja-Raja Melayu. Semalam mula 'tanya-tanya' dah apa nak buat dengan banyak rumah lot Bumiputera yang masih belum terjual.

● Banyak lagi tapi malas nak tulis. Tapi tulis banyak-banyak ada yang mahu faham ke bahawa isu agama lebih besar daripada wang.

--
Tak rasa ke ada agenda lebih besar sedang bergerak di belakang masa kita sibuk dengan korupsi pemimpin lepas walhal yang memerintah sekarang pun korup juga. 

Mudarat apa yang lebih besar daripada hal agama? Tak kisah mengundi PH atau tidak, tak akan kita langsung tak ada kerisauan dengan perkembangan ni semua? Masih sibuk dengan urusan politik duniawi?"

(2) Lalu saya komen di ruangan komen. Kata saya :

"Bising2 macam ni, nanti takde ke kena sound oleh Asaatizah Ahlis Sunnah wal Jamaah sendiri "cemuih... Lemaih perut, asyik kritik PH je".

Mungkin dia tak perasan kot kalau BN buat benda2 yang sama pun, kita akan bising camni jugak.

Malah, rasanya zaman PH ni kita lebih senyap dan pandai bersyukur berbanding zaman BN.

Zaman BN, kita bising kerana katanya Menteri Agama tidak tegas dengan Wahhabi. Kita bising kerana Timbalan Menteri Agama dikatakan mesra Wahhabi.

Sekarang kita tak bising sangat Menteri Agama bercakap pasal "hak sebagai warganegara" penganut fahaman Syiah, "dosa antara dia dan Tuhan" golongan LGBT dll. Kita pun tak perasan Timbalan Menteri Agama (pernah) menyokong hidangan arak di majlis kutipan dana politik, asalkan kita tak minum arak. Mungkin kerana banyak lagi perkara2 yang lebih lebih membimbangkan, maka kita tidak bising sangat benda2 ni.

Zaman BN kita bising RON95 tak turun2 dari 2.20/l TETAPI zaman PH AlhamdulilLaah kita dah pandai bersyukur RON95 tak naik2 melebihi 2.20/l.

Zaman BN kita bising apabila diberitahu harga kangkung murah TETAPI zaman PH kita dah pandai bersyukur bila diberitahu harga tomato murah 😏😬

JADI, bila zaman PH ni ada benda2 yang kita masih bising2 lagi, maknanya we really have a good reason or many good reasons behind it.

Tak payah lah nak cemuih dan lemaih perut sangat dengan hingar bingar ni. Yang bising tu pun, kalau ikutkan lebih dari cemuih lagi, bukan takat lemaih perut, habis dada,  hidung, mulut, semua lemaih 😅".

- Ustaz Engku Ahmad Fadzil
Previous
Next Post »
loading...