Get $25 free
loading...

(PH GAGAL) Bapak RASIS jadi Menteri Perpaduan


Perlantikan Ketua Hindraf, Waythamoorthy sebagai Senator bagi beri laluan kepadanya menjadi Menteri di JPM di portfolio Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial adalah antara perkara yang tak sepatutnya dilakukan oleh Kerajaan PH. Mungkin dikalangan pimpinan PH ada sumbangan Waytha kepada mereka yang hanya mereka sahaja yang tahu. Atau mungkin membalas jasanya yang bersama adiknya mengetuai Hindraf menjadi antara pemangkin tsunami rakyat pada PRU 2008 hingga BN kehilangan majoriti 2/3 buat pertama kalinya.

Tetapi atas persepsi, Waytha adalah antara bapak segala rasisma di Malaysia ini. Segala usaha, perjuangan dan tindak tanduknya tidak sedikitpun menjurus kepada perpaduan negara. Di matanya dan Hindrafnya seolah-olah Malaysia ini hanyalah kaum India semata-mata. Tidak sedikit pun perjuangannya hendak menyatukan orang India dengan keturunan Malaysia yang lain. Tapi kini PH meletakkan dirinya sebagai ketua negara bagi perpaduan negara dan kesejahteraan sosial? What a joke? 

Jika pun hendak lantik seorang keturunan India untuk mewakili masyarakat bukan politician, ramai lagi calon yang lebih berwibawa seperti Jomo K Sundram, Bishan Singh Ram Singh, Param Cumaraswamy, Tony Fernandez, Ananda Krishnan atau dah sesak sangat lebih baik lagi lantik Abdul Azeez Rahim. Sekurangnya Azeez pandai cakap Tamil dan fasih berbahasa Melayu.

Rata-rata saya boleh simpulkan, masyarakat kaum India juga menolak Waytha ini apalagi adiknya Uthayakumar. Mereka hanya mendapat sokongan dari penyokong2 mereka yang semakin mengecut dan Hindraf (Hindu Right Action Force) sebuah organisasi masyarakat Hindu juga penentang kuat kepada Dr Zakir Naik sehingga cuba mengheret kerajaan mengharamkan Zakir Naik tapi gagal. Tapi bila diajak bertemu dan berdebat dengan Zakir Naik mereka tak berani dan beri macam2 alasan seperti Zamihan.

Waytha juga pernah mengetuai Hindraf pada 2007 menuntut agar mahkamah mengisytharkan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan menghapuskan peruntukkan perlembagaan yang melindungi hak-hak orang Melayu. Perpaduan apa yang nak di menterikannya jika ini antara perjuangan Waytha? Apa kejayaan Waytha dan Hindraf dalam menaikkan ekonomi kaum Tamil (India)?

Hindraf yang diketuainya juga pernah diharamkan kerajaan secara rasminya pada 15 Oktober 2008 kerana pertubuhan itu mengancam perpaduan negara. Sekarang kerajaan PH melantiknya pula sebagai Menteri Perpaduan. Itu lucu.

Diharap kerajaan Malaysia dengan amanah yang diberikan oleh rakyat pada 9 May lalu benar2 dapat mengintrepetasikan kuasa rakyat yang dipinjamkan dengan cara terbaik kerana sesungguhnya, kedatangan PRU 15 itu Benar. Kuasa hanya 5 tahun itu Benar. Rakyat lebih berkuasa itu Benar dan Rakyat Hakim Negara itu juga adalah Benar. Fikirkanlah dan selamat beramal.

- Zack Rahim
Previous
Next Post »
loading...