Get $25 free
loading...

Peniaga Dadah Perlu Diiktiraf, Dia Cari Nafaqah, Dosa tapi Tak Jadi Kafir


Ada seseorang forward melalui Whatsapp poster tentang LGBT di ☝️dengan soalan:

"Camana nak explain kalau geng non-Muslim/ LGBT tanya?"

Antara jawapan yang saya cadangkan (saya fokus di sini kepada kenyataan "amalan homoseksual tidak menjadikan pelakunya terkeluar dari Islam") 👇

"Tak kena mengena dengan isu pun. Isu tentang LGBT yang diperjuangkan untuk diiktiraf sexual orientation mereka, BUKAN samada mereka kafir atau tidak..."

"... atau samada mereka masih dihormati sebagai manusia atau tidak."

(Isunya, adakah kita perlu menolak atau boleh menerima tuntutan2 LGBT untuk diiktiraf orientasi seks songsang mereka itu?)

"Misalnya sekumpulan pembunuh upahan atau peniaga2 dadah berjuang agar diiktiraf "hak" mereka mencari nafaqah dan kehidupan melalui profession dan perniagaan masing-masing."

"Persoalan : Boleh ke kita tunduk kepada desakan mereka?"

""Jawapan" : mereka berdosa kerana membunuh dan meniaga dadah, tapi itu tidak bermakna mereka kafir dan mereka masih berhak dihormati sebagai manusia." (😏)

"Owh??? 😨 Gitu pulak jawapannya???"

(Bukankah lari dari isu yang dibincangkan apabila memberikan jawapan sedemikian? Dan bukankah ada beza status keimanan antara golongan yang terikut dan TERKALAHKAN oleh nafsu, lalu melakukan aktiviti2 homoseks dalam keadaan MENGAKUI KEHARAMANNYA dan golongan yang berjuang untuk MENGHALALKAN homoseks dan aktiviti2 berkaitan!? ie. Tidak mengiktiraf keharamannya???)

- Engku Ahmad Fadzil
Previous
Next Post »
loading...