loading...

"MENTERI BUDAK" kaki penipu, Direktori KBS masih ada Numan Afifi



SYED SADDIQ HENTIKAN WAYANG STADIUM, JELASKAN FAKTA INI KEPADA RAKYAT

Semakan jam 7.00 petang hari ini pada laman sesawang Kementeri Belia dan Sukan, nama Numan Afifi masih tertera sebagai pegawai khas.

Pada 6 Julai, Yb Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menafikan ada melantik pegawai khas,

"Sehingga kini, tiada satu pun pegawai yang telah dilantik di Pejabat Menteri Belia dan Sukan secara rasmi. Setiausaha Politik, Setiausaha Akhbar, Pegawai Tugas-Tugas Khas juga belum ada."

Penafian ini bercanggah dengan maklumat-maklumat yang terdapat di laman sesawang Kementerian Belia dan Sukan. Email rasmi Numan Afifi juga masih aktif dan sah.

Fakta menarik lagi, Numan Afifi adalah orang penting yang terlibat secara langsung dalam kempen PRU14 bagi parlimen Muar. Ini menguatkan lagi bahawa, lantikan sememangnya berlaku sama ada secara rasmi ataupun tidak. Ia adalah ghanimah bagi kemenangan PRU14.

Ia membangkitkan kemarahan ramai orang kerana Numan Afifi juga adalah aktivitis bagi gerakan LGBT.

Hentikan wayang politik murahan, dan jelaskan kepada rakyat pekara sebenar.

Jika pekara yang sudah terbukti dengan fakta sebegini masih mahu menafikan dan menipu, apakah mereka juga tidak akan menipu dalam soal ketelusan menguruskan harta negara ?

Previous
Next Post »
loading...