Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, harga barangan dilihat kekal kerana penurunan  harga hanya bermula dari 0.04 hingga 13 peratus dan melibatkan 70 peratus daripada 417 barangan basah, kering, keperluan bayi dan lain-lain.
"Sebenarnya kenaikan tidak berlaku tetapi jumlah penurunan harga barangan itu sangat kecil, ia tidak mencapai 30 hingga 40 peratus.
"Apabila kita semak aduan, terdapat dua kategori yang paling besar iaitu harga tidak berubah dan harga meningkat daripada 10 aduan yang diterima lima daripadanya berkaitan makanan dan minuman di restoran, kedai makan serta medan selera," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu Program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan bekas menteri, Tan Sri Rais Yatim serta beberapa persatuan pengguna mengenai aduan orang ramai iaitu tiada perubahan pada kebanyakan barangan selepas pelaksanaan GST pada kadar sifar.  - Bernama