Get $25 free
loading...

Kenapa P.Ramasamy KRITIK PDRM sekat pengganas, Dia ada apa-apa ke?



Cubaan menghidupkan LTTE dan sokongan tak langsung kepada Kerajaan Buangan LTTE. 

Antara pelbagai jenis ancaman keganasan dari Abu Sayaff sampai ke Daesh, ancaman dari LTTE ialah antara yang paling obscure dan kabur di Malaysia.  Pertamanya kerana kerajaan lama enggan memperbesarkan ancaman2 ini demi menjaga keharmonian kaum di Malaysia namun isu ini berubah apabila tiga perkara terjadi. 

1. Pelarian Sri Lanka pemegang passport UNHCR merupakan pakar Bom di tahan bersama 3 lagi bekas pegawai kanan LTTE

2. Penemuan risalah2 propaganda LTTE yang cuba mewujudkan semula perjuangan LTTE

3. Kenyataan pelik dan keras seorang warga Malaysia yang merupakan Deputy Chief Minister of Penang yang mengkritik penahanan pengganas tersebut malah menuduh Unit Counter Terror PDRM dengan pelbagai tuduhan pelik sehinggakan timbul persoalan mengapa beliau menggunakan Facebook rasmi pejabat DCM Pulau Pinang untuk mengeluarkan kenyataan ini pada 2014.

LTTE bentuk kerajaan Buangan di luar Sri Lanka.

Kerajaan ini juga dikenali sebagai Provisional Transnational Government of Tamil Eelam dan bukan di tubuhkan oleh Kerajaan Sri Lanka ya.  

Ini merupakan kerajaan buangan yang di tubuhkan oleh faction dalam Tamil Tiger sendiri. 

Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) pada 2003 mula mewujudkan  core committee untuk membentuk "provisional trans-national government of Tamil Eelam"... ketika ini Tamil Tiger di ambang kekalahan. Tamil Tiger tewas sepenuhnya pada 2009.

Kerajaan Buangan Tamil Eelam ini ditubuhkan oleh Visuvanathan Rudrakumaran, yang merupakan penasihat undang2 kepada Tamil Tiger.  

Rudrakumar dalam satu statement berkata

 "We, the people of Tamil Eelam and its Diaspora firmly believe that the formation of a provisional trans-national government of Tamil Eelam is imperative."

Rudrakumar juga berkata maka dengan ini LTTE telah membentuk satu committee untuk formasi provisional trans-national government of Tamil Eelam.

Organisasi ini kemudiannya telah rekrut ahli yang terdiri dari core team dan subcommittees yang diwakili oleh bangsa Tamil dari pelbagai negara. 

Berikut ialah senarai ahli penasihat committee tersebut:

Prof M. Sornarajah (UK),
Prof Francis Boyle (US),
Prof P. Ramasamy (Malaysia),
Prof Rev A.J.C Chandrakanthan (Canada),
Prof Nadaraja Sriskandarajah (Sweden),
Dr Murugar Gunasingham (Australia),
Dr Sivanendran Seevanayagam (Australia),
Dr A.L. Vasanthakumar (UK),
Karen Parker (US), 
Dr N. Jeyalingam (US)
Selva Sivarajah (Australia),
Paul Williams (Netherlands)
Prof Peter Schalk (Sweden) 

Pada 2014 P. Ramasamy telah membuat kenyataan membantah penahanan anggota pengganas Tamil Tiger di Malaysia yang di tahan bersama pasport palsu dan risalah propaganda Tamil Tiger melalui maklumat perisikan dan pemantauan Counter Terrorism Unit Cawangan Khas (SB-CTD) 

Berikut ialah krologi operasi SB-CTD, pelbagai Unit Anti Teror di dunia dan juga Interpol di Seluruh dunia. 

http://old.satp.org/satporgtp/countries/shrilanka/database/outsidemajorincidents_2014.htm

P. Ramasamy telah mengeluarkan 9 statement di Facebook Page rasmi yang mewakili Office of DCM kerajaan Negeri Pulau Pinang. 

boleh lihat senarai link ke posting Pejabat DCM di sini

https://m.facebook.com/notes/lim-sian-see/penang-state-govt-dap-and-the-penang-deputy-cm-pramasamy-must-stop-using-state-f/1522482747970514/

Statement tersebut sangat mengelirukan kerana seolah2 beliau menyokong perjuangan LTTE dan membuat tuduhan tak munasabah keatas SB-CTD yang melakukan operasi anti keganasan melalui perisikan keatas elemen-elemen dan individu yang memang memiliki perhubungan dengan Tamil Tiger. 

Kemuncak operasi SB-CTD ialah pada 3 Julai 2014 dimana SB-CTB menahan empat orang anggota kanan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dalam tiga serbuan di Lembah Klang. 

Suspek merancang untuk mengaktifkan semula kumpulan pengganas itu dengan cuba menjadikan Malaysia sebagai pangkalan baharu untuk operasi mereka.

Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman masih merahsiakan nama keempat-empat suspek tetapi mengesahkan salah seorang anggotanya pakar dalam membuat bom.

Seorang lagi anggota kanan itu dilaporkan terlibat dalam cubaan membunuh bekas Presiden Sri Lanka, Chandirka Kumaratunga pada 18 Disember 1999.

Kesemua suspek berusia dalam lingkungan 32, 37, 43 dan 45 tahun dan dipercayai terlibat dalam beberapa siri keganasan di Sri Lanka.

"Pakar membuat bom itu turut memegang kad UNHCR. Seorang lagi suspek berjaya ditahan bersama rakannya pada pada Mei lalu. Mereka terlibat dalam serangan yang berjaya digagalkan di Chennai dan Bangalore, India baru-baru ini. Namun seorang lagi suspek didakwa mengumpul dan menyebarkan maklumat kepada rangkaikan LTTE," 

SB-CTB sahkan senarai barang rampasan:

1. Sejumlah besar pasport Malaysia yang dipalsukan bersama-sama dengan setem palsu dari Jabatan Imigresen dan beberapa kedutaan asing.

2. Sejumlah pasport palsu yang ditemui dari salah satu tempat persembunyian mereka.

3. Permit pekerjaan Perancis dan beberapa permit dari negara lain turut dirampas dari salah satu tempat persembunyian.

Sumber MStar

MMP
Previous
Next Post »
loading...