Get $25 free
loading...

iPhone Tak Perlukan Aplikasi Tambahan Untuk Mengimbas QR Code

Dah beberapa bulan iOS 11 terpasang dalam iPhone aku. Minor update pun dah beberapa kali release. Sedar tak sedar rupanya ada built-in function yang masih belum aku explore.

Kamera, benda ni memang dah hari-hari kita guna. Tapi disebalik fungsi asas kamera yang ada dan beberapa lagi fungsi yang bertujuan untuk menjadikan gambar yang diambil menjadi menarik, ada juga fungsi lain yang boleh digunakan.

Fungsi tersebut ialah QR code scanner. Sejak kemaskini iOS 11 dikeluarkan, pihak Apple telah menambah native support berkenaan fungsi mengimbas kod QR ini.

Ini bermaksud, aplikasi yang dimuat turun khususnya untuk mengimbas kod QR sahaja kini tidak diperlukan lagi kerana hanya melalui kamera iPhone saja boleh melakukan tugas tersebut.

Namun begitu, untuk menggunakan fungsi pengimbas kod QR melalui kamera ini ianya perlu diaktifkan dahulu.

Sekiranya by default ianya tidak diaktifkan, korang boleh mengaktifkannya dengan tetapan berikut.

Pergi ke Settings > Camera dan swipe aktif pada Scan QR Codes.

Nah selesai. Untuk mula menggunakannya, pergi kepada aplikasi kamera dan hanya menggunakan mod Photo dan lensa kamera belakang sahaja, scan apa-apa sahaja kod QR yang ingin disemak.

Sejurus kod QR dibaca, korang akan menerima notifikasi yang menyatakan kod QR telah berjaya dibaca.

Dengan menekan pada pautan yang disediakan pada notifikasi tersebut, ia akan membawa anda kepada laman web ataupun aplikasi kepada kod QR tersebut.

Previous
Next Post »
loading...