Get $25 free
loading...

[BAJET SEKOLAH SWASTA CINA] ,jam 3 DAP Gegar, jam 8 Menteri Tukar [PERJUANGAN KERA]


Kenapa perlu memberi peruntukan kepada sekolah kaya raya ini, Sekolah Persendirian Cina yang enggan mengikuti Dasar Pendidikan Kebangsaan, enggan menggunakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar, enggan menggunakan kurikulum pendidikan negara tapi menggunakan kurikulum Taiwan dan Cina, enggan menggunakan Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk menilai tetapi menggunakan lembaga mereka sendiri.

Sekolah Persendirian Cina yang mengeluarkan UEC ini yang diberi peruntukan Kerajaan sedangkan mereka MENCABAR Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Sedangkan Menteri sendiri telah melawat sekolah-sekolah Kerajaan yang daif dan serba kekurangan. Peruntukan itu sepatutnya diberi kepada sekolah-sekolah ini terutama dipendalaman. 

Rungutan daripada pengetua dan guru besar bahawa mereka terpaksa merayu syarikat-syarikat untuk menyumbang bagi membaiki tandas, surau dan halaman sekolah serta melaksanakan kelas-kelas tambahan bagi pelajar lemah dan aktiviti-aktiviti pelajar yang lain.

Bajet untuk sekolah Kerajaan dipotong setiap tahun sedangkan Bajet kepada sekolah swasta Cina ini yang dibantu. Perjuangan apakah ini? Ini perjuangan KERA, kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan.





Previous
Next Post »
loading...