Get $25 free
loading...

Adun PKR Seri Setia dilapor sakit tenat

Shaharuddin Badaruddin baru sepenggal menjadi wakil rakyat. (Gambar Facebook)
Adun Seri Setia Shaharuddin Badaruddin dari PKR dilaporkan sakit tenat.
Akhbar Sin Chew Daily melaporkan exco Selangor itu mengalami kanser kolon.
Beberapa pemimpin PKR tidak dapat mengesahkan keadaannya.
Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin memberitahu Malaysiakini bahawa wakil rakyat itu kesakitan.
Ya, beliau kurang sihat, tapi saya tidak pasti status beliau berdasarkan laporan (Sin Chew Daily),” katanya lapor portal itu.
Pada pilihan raya 9 Meilepas, Shaharuddin memenangi kerusi Seri Setia dengan 29,250 undi.
Beliau menewaskan calon BN yang memperoleh 9,878 undi, calon PAS yang memperoleh 4,563 undi, dan calon bebas, S Vigneswaran, 217 undi.

Previous
Next Post »
loading...