loading...

(1 PENGGAL SAJA?) Sikap TAMAK DAP bakal Runtuhkan PH sama seperti PR dahulu


PKR KENA KAWAL BARA SEBELUM MENYALA

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Penyokong PKR secara tidak langsung jadi dua puak. Satu puak simpati dengan Siti Aishah, satu lagi apologetik terhadap DAP. Tapi tak pa, masih tak sekuat perbalahan kartel-kartel. 

2) Pimpinan PKR kena turun padang atasi krisis yang masih diperingkat bara ini sebelum menyala. Jangan membarah seperti kartel-kartel, ataupun terbarai seperti PAS-AMANAH. Tapai kalau ikut sifir AMANAH, jadi pro-DAP boleh jadi menteri untuk jangka panjang. Bwahahaha...

3) Kenapa saya sebutkan bara ini akan menyala jika tak dibendung? Ia pernah berlaku dalam PAS. Saya ambil contoh PAS Sungai Acheh yang kecewa dengan tindakan kerajaan negeri mengenepikan PAS dalam perlantikan jawatan-jawatan kuasa kerajaan negeri peringkat bawahan. 

3) Walaupun PAS sudah memberi laluan kepada PKR untuk bertanding di DUN Sg Acheh, PKR dan kerajaan negeri terus melobi untuk jawatankuasa peringkat bawahan, mengenepikan PAS. Permainannya sama seperti apa yang di alami Siti Aishah.

4) Maka ia menimbulkan rasa tidak puas hati ahli dan penyokong PAS, yang menganggap kerajaan negeri DAP dan PKR tiada semangat setiakawan PR. Hubungan PR peringkat akar umbi di Sg Acheh menjadi panas, dan membara.

5) PRU13 menyaksikan akar umbi PAS Sg Acheh melobi pimpinan pusat untuk berunding dengan PR pusat bagi membenarkan PAS bertanding di Sg Acheh, kononnya PKR dulu pun bertanding menggunakan jentera PAS. Kali ini biarlah PAS bertanding sendiri.

6) Di istu, bermulakan konflik pringkat bawahan. Jentera PAS Sg Acheh memberi kata dua kepada PKR, jika PKR masih berkeras utk bertanding, PAS tidak akan kerahkan jentera. Jentera PAS akan dikerah ke kawasan lain yang PAS bertanding.

7) Mungkin rasa hebat dan power, PKR tak endahkan amaran PAS. PKR tetap bertanding menurut hasil rundingan permuafakatan PR. Namun entah bagaimana, PAS menamakan juga calon di hari penamaan calon (Yang ini saya tak tahu cherita disebaliknya, kerana meeting terakhir yang saya siasat, keputusannya PAS tak bertanding). Mengamoklah PKR dan Chegu Bard.

8 ) PR terpaksa meeting sekali lagi hal Sg Acheh dan beberapa kerusi lain yang bertindih. Akhirnya kerusi Sg Acheh diputuskan untuk PKR. Semua jentera dikerah berkempen untuk PKR. Namun kerosakan telah berlaku, nama calon PAS turut ada di kertas undi. Hasilnya PKR kalah.

9) Sejak itulah PAS dituduh mengkhianati Pakatan Rakyat, dan tikam belakang. Peringkat inilah bermulanya api yang menyala setelah bara membara sekian lama. Nyalaan ini kemudian merebak cepat ke negeri lain dan seterusnya ke pusat, menyebabkan PR terkubur.

10) Asalnya adalah bara yang tidak dikawal dan tidak dimatikan. Alasan-alasan lain seperti Hudud dan RUU355, itu hanyalah aksesori untuk menguatkan pertembungan, kerana sebelumnya PAS dan DAP ok saja respect each other dalam bab Hudud. Tetapi setelah menyala api, Hudud menjadi polemik keras, lebih-lebih lagi Umno/BN pandai menangguk di air keruh.

Itulah cherita mengenai bara. Bukan Barathum. Bukan Spirit Breaker.

Sekian
Previous
Next Post »
loading...