Get $25 free
loading...

Peminat ancam bakar jersi Messi jika bermain di Baitulmuqaddis

Pengerusi FA Palestin, Jibril Rajoub menulis surat kepada Caludio Tapia, pengerusi FA Argentina, minggu lepas menuduh Israel menggunakan perlawanan itu sebagai 'alat politik'.

Lionel Messi, simbol besar bola sepak dunia jadi pertaruhan dalam sengketa politik Israel-Palestin. (Gambar Reuters)

RAMALLAH: Ketua persatuan bola sepak Palestin menggesa peminat sukan itu supaya membakar gambar penyerang Argentina Lionel Messi dan replika jersinya sekiranya beliau bermain dalam perlawanan menentang Israel minggu ini.

Pasukan Argentina, pemenang 2 kejuaraan Piala Dunia, dijadualkan bermain di stadium Teddy Kollek malam Ahad ini, dalam perlawanan pemanas badan yang menarik minat besar peminat di Israel, terutamanya kerana Messi dijadualkan bermain.

Namun begitu, rakyat Palestin tidak gembira perlawanan itu diadakan di Baitulmuqaddis, menyebabkan ketua FA Palestin, Jibril Rajoub menulis surat kepada Caludio Tapia, pengerusi FA Argentina, minggu lepas menuduh Israel menggunakan perlawanan itu sebagai “alat politik”.

Stadium yang bakal menjadi tuan rumah terletak di Baitulmuqaddis barat. Pihak Palestin mahu menjadikan Baitulmuqaddis timur sebagai ibu negaranya yang bakal merangkumi Semenanjung Gaza dan Tebing Barat yang diduduki Israel.

Bagaimanapun status kota itu sememangnya sensitif. Perlawanan tersebut pada mulanya dijadual diadakan di Haifa, tetapi pihak berkuasa Israel mengeluarkan dana untuk membawanya ke Baitulmuqaddis.

Langkah yang meningkatkan kemarahan rakyat Palestin berikutan pengiktirafan kota itu sebagai ibu negara Israel oleh Presiden AS, Donald Trump. Bulan lepas kedutaan AS ke Israel turut dipindahkan ke situ.

“Kerajaan Israel mengubah acara biasa sukan menjadi alat politik. Seperti liputan meluas akhbar Argentina, yang menggambarkan perlawanan itu sebagai sambutan “hari ulang tahun ke-70 penubuhan negara Israel,” kata Rajoub dalam surat beliau.

Ahad lepas, Rajoub melancarkan kempen terhadap Argentina, terutamanya Messi, yang menurutnya mempunyai jutaan peminat di dunia Arab dan Islam, Asia dan Afrika.

“Beliau simbol besar jadi kami akan sasarkannya secara peribadi, dan kami minta peminat membakar gambar dan jersinya. Tinggalkan dia. Kami harap Messi tidak datang,” katanya selepas meninggalkan pejabat wakil Argentina di Ramallah, Tebing Barat.

Sekumpulan kecil pemuda Palestin memakai skaf bola sepak mengadakan demonstrasi di luar pejabat itu dan cuba membakar bendera Argentina.

Rajoub telah lama berusaha mendesak persatuan bola sepak dunia, FIFA dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa supaya mengenakan sekatan ke atas Israel.

Ini terutamanya disebabkan dasar petempatan Israel di Tebing Barat dan pelaksanaan sekatan perjalanan ke atas athlet Palestin atas alasan keselamatan. Kedua-dua badan itu tidak mengendahkan permintaan beliau.

Sempena temasya sebelum ini, Argentina membuat 4 latihan pra-Piala Dunia di Israel sejak 1986. Kali ini Argentina berada dalam Kumpulan D dan akan memulakan kempennya menentang Iceland di Moscow pada 16 Jun.

Banyak negara tidak mengiktiraf kedaulatan sama ada Israel atau Palestin ke atas Baitulmuqaddis, dan menempatkan kedutaan mereka di Tel Aviv. Bagaimanapun Guatemala dan Honduras mengikuti langkah AS memeindahkan kedutaan mereka ke Jerusalem bulan lepas.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...