Get $25 free
loading...

(BAHASA CINA) Bandingkan Kenyataan U-Turn Guan Eng selepas Tun M campur tangan


Kenyataan Keras Kepala sebelum Tun M Keluar Statement

FMT melaporkan bahawa Menteri Kewangan,Lim Guan Eng merujuk Perlembagaan Persekutuan bagi mempertahankan penggunaan bahasa Mandarin dalam kenyataan rasmi kementerian beliau selepas didakwa tidak menghormati bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Dalam satu kenyataan berbahasa Mandarin (gambar di atas) setiausaha agung DAP itu berkata, penggunaan bahasa berkenaan melambangkan pengiktirafan kerajaan Pakatan Harapan (PH) terhadap aspek kepelbagaian bahasa dan globalisasi.

“Menurut Perlembagaan Persekutuan, tiada mana-mana orang boleh dihalang daripada bertutur, mengajar atau belajar bahasa lain. Atas semangat perlembagaan, apa salahnya mengeluarkan kenyataan media yang diterjemahkan ke dalam bahasa Cina dan bahasa lain?”, tanya beliau.

Menyifatkan para pengkritiknya bersikap “perkauman”, Lim berkata beliau tidak akan tunduk kepada mereka.

Kenyataan menteri kewangan akan terus dikeluarkan dalam bahasa Mandarin dan Inggeris,” katanya dengan angkuh.

“Malaysia baru merupakan sebuah negara yang inklusif, saling menghormati dan pelbagai. Pada saat kita memelihara kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, kita juga perlu menguasai bahasa lain bagi meningkatkan kebolehsaingan kita.”

Kenyataan U-Turn selepas Tun M keluar statement 

KENYATAAN MEDIA MENTERI KEWANGAN LIM GUAN ENG 

Kementerian Kewangan sentiasa mengutamakan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Adalah tidak benar dakwaan bahawa Bahasa Mandarin telah menggantikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Kementerian Kewangan dan ini boleh dibuktikan dalam laman web rasmi Kementerian Kewangan. Kenyataan rasmi Bahasa Melayu akan diterjemahkan kepada Bahasa Inggeris untuk kegunaan media antarabangsa dan sekali-sekala diterjemahkan ke dalam Bahasa Mandarin jika ada keperluan. 

Saya tidak faham mengapa terjemahan kenyataan rasmi Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris ataupun sekali-sakala dalam Bahasa Mandarin boleh diputarbelitkan untuk menyatakan bahawa bahasa rasmi Kementerian Kewangan telah ditukar ke bahasa Bahasa Mandarin. 

Jika adapun, terjemahan ke dalam Bahasa Mandarin dibuat apabila ada keperluan, terutamanya apabila isu tersebut melibatkan terma-terma teknikal. Terjemahan ini kemudiannya dihantar terus kepada media berbahasa Cina atau media sosial dan tidak digunapakai dalam laman rasmi Kementerian Kewangan. 

Ingin saya tegaskan bahawa semua kenyataan dalam media rasmi saya di bawah Kementerian sememangnya dikeluarkan dalam Bahasa Melayu dan hanya diterjemahkan kepada bahasa lain sekiranya perlu. Pendirian mendukung Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan bahawa Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan tidak pernah dipertikaikan. 

Akan tetapi, saya akan menggunakan bahasa lain dalam akaun media sosial saya dan juga Bahasa Mandarin dalam komunikasi saya bersama akhbar Cina. Saya telah mengeluarkan kenyataan dalam Bahasa Mandarin pada 24 Jun 2018 tanpa kepala surat rasmi Kementerian Kewangan. 

Saya mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana prihatin tentang perkara ini dan saya mengambil maklum kritikan dan teguran berkenaan dengan status yang dimuatnaik dalam laman sosial saya pada 24 Jun 2018. 

Saya akan terus memperbaiki apa-apa kelemahan dalam tata urus komunikasi saya dengan rakyat Malaysia. 

Lim Guan Eng 
Menteri Kewangan Malaysia
Previous
Next Post »
loading...