Get $25 free
loading...

Tak wajar jawab soalan 1MDB sekarang, kata Najib

Bekas perdana menteri itu berkata, beliau tidak nampak sebarang faedah melibatkan diri dalam wacana umum dengan Lim Guan Eng mengenai isu itu kerana pihak berkuasa masih menjalankan siasatan.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau dinasihatkan tidak wajar untuk menjawab soalan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengenai 1MDB kerana siasatan masih dijalankan pihak berkuasa.

Dalam kenyataan 2 perenggan hari ini, bekas perdana menteri itu berkata, dalam konteks terhad ini, beliau tidak nampak sebarang faedah untuk melibatkan diri dalam wacana umum dengan Lim mengenai isu itu.

“Saya akan, apabila dan jika perlu, membincangkan itu itu pada forum yang berkenaan,” katanya merujuk kenyataan Lim yang dikeluarkan Kementerian Kewangan semalam.

Dalam kenyataan itu, Lim berkata, Najib selaku bekas menteri kewangan harus bertanggungjawab dan memikul tanggungjawab terhadap skandal rasuah 1MDB.

Beliau juga membangkitkan banyak soalan mengenai pelaburan bernilai AS$8.33 bilion (AS$1 = RM3.98) yang dibuat 1MDB antara 2009 dan 2013 serta meminta Najib menjelaskan beberapa transaksi.

Guan Eng minta Najib jawab pelaburan 1MDB AS$8.33 bilion


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...