Get $25 free
loading...

Tak perlu panik hutang lebih RM1 trilion, kata ahli ekonomi

Beliau berkata hutang negara mesti berkait dengan potensi aliran tunai tetapi kerajaan mesti mengawasi paras hutang.

Barjoyai berkata hakikatnya Malaysia sebuah negara dinamik dengan ekonomi yang kuat, kaya dengan sumber asli dan komoditi. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang ahli ekonomi berkata rakyat tidak perlu panik tentang hutang negara yang mencecah RM1 trilion, tetapi kerajaan berhati-hati menguruskan perbelanjaan dan hutang.

Barjoyai Bardai dari Universiti Tun Abdul Razak berkata hutang mesti sentiasa berkait dengan potensi aliran tunai.

“Kalau anda perhatikan hutang dalam tempoh 30 tahun lalu, kita menuju ke arah Yunani, tetapi hakikatnya kita negara yang dinamik dengan ekonomi yang kuat, kaya dengan sumber asli dan komoditi.

“Kalau negara ini sebuah syarikat, secara asasnya, kita bercakap tentang kemampuannya menanggung dan membayar hutang. Kita dalam keadaan yang agak baik kerana struktur ekonomi yang sedia ada.”

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini yang berkata hutang negara mencecah RM1 trilion dan langkah-langkah penting perlu diambil supaya Malaysia boleh pulih dengan cepat.

Barjoyai berkata sekalipun yang terburuk berlaku, iaitu satu resesi, negara akan terus bertahan.

Meskipun begitu, kerajaan perlu mengawasi hutangnya supaya ia tidak bertumbuh lebih pantas berbanding hasil negara.

“Kami tidak perlu panik tetapi kita perlu berhati-hati dengan hutang RM1 trilion, dan kerajaan mesti pastikan kita ada kapasiti untuk menanggung hutang ini kerana ia menentukan penarafan kredit dan untuk pastikan kita tidak jatuh muflis.”

Beliau menambah resesi secara purata berlaku setiap 10 tahun dan ia boleh berlaku bila-bila masa dari sekarang, tetapi kerajaan tidak patut mengelak.

“Resesi berlaku secara alami. Jika kita cuba elak, seperti sebelum ini dengan menyalurkan wang ke dalam projek mega, kita hanya menangguhkan resesi, tetapi ia akan tetap melanda juga nanti..

“Itu cuma kelegaan tempoh masa pendek,” katanya, dan berkata ia dilakukan pada 1994 dan 2009.

“Apa yang perlu ialah memastikan rizab dan kecairan yang tinggi, dan kerajaan mengambil langkah penjimatan bagi memastikan negara tidak berbelanja lebih daripada kemampuan menjana pendapatan.”

Barjoyai berkata penting bagi kerajaan untuk melihat rancangan kewangan 10 dan 20 tahun mendatang, seperti yang dibuat sebelum ini, bagi mempersiapkan negara dan rakyat untuk masa depan.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...