Get $25 free
loading...

Saya tenang, mahu hidup normal semula, kata Rosmah

Dalam temu bual dengan media, isteri bekas perdana menteri berkata, beliau lebih tenang dan meminta dilayan dengan hormat seperti manusia biasa lain.

Rosmah Mansor mahu kembali kepada kehidupan seperti biasa dan beliau mengiringi Najib dalam lawatannya ke Pekan hari ini. (Gambar Youtube)

PETALING JAYA: Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersikap tenang walaupun rumah beliau dan keluarganya digeledah polis dalam siasatan berhubung skandal 1MDB.

Dalam temu bual dengan media, katanya, beliau mahu kembali kepada kehidupan biasa bersama keluarganya.

“Kami boleh terima keadaan yang berlaku dengan baik. Saya fikir kami agak tenang, sebagai keluarga orang politik. Ia hanyalah salah satu ujian dan tribulasi, serta bahaya terlibat dalam politik,” katanya seperti dilaporkan.

“Ia kehidupan yang berbeza, tetapi saya tidak mengeluh. Saya tidak minta hidup begini, tetapi ia lebih tenang. Saya boleh buat mengikut kehendak saya. Bila saya berasa mengantuk, saya tidur. Jika saya rasa nak bangun, saya boleh bangun.

“Tapi, saya mahu ia berakhir secepat mungkin kerana kami mahu meneruskan kehidupan seperti biasa,” katanya kepada akhbar Malay Mail.

Rosmah menjadi tumpuan kritikan umum di media sosial selama beberapa tahun ini dan subjek laporan media tentang gaya hidupnya.

Minggu lepas, serbuan polis ke atas 3 kondominium mewah di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, menjadi berita utama media apabila Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman dilaporkan merampas hampir 300 kotak beg tangan mewah dan 72 beg berisi barang kemas, wang tunai dan barangan berharga lain.

Suaminya, Datuk Seri Najib Razak dalam temu bual dengan media berkata, banyak barangan yang dirampas merupakan hadiah daripada kawan, dan wang tunai yang ditemui merupakan sumbangan politik bagi membantu kempen Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum lalu.

BN hilang kuasa di tangan Pakatan Harapan, dan pengerusi gabungan itu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengarahkan siasatan ke atas urus niaga kewangan syarikat milik kerajaan, 1MDB dan SRC International dibuka semula.

Dalam temu bual semalam, Rosmah meminta polis melayan beliau dan keluarganya dengan hormat sama seperti rakyat Malaysia lain.

“Saya boleh terima semua penggeledahan tengah malam, saya faham.

“Saya percaya seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan salah. Oleh itu, kami perlu dilayan seperti orang lain dengan hak kehormatan diri.”

Sepanjang temu bual itu, Rosmah diiringi peguamnya, Geethan Vincent dan M Puravalen.

Semalam, beliau membuat kenyataan meminta polis berhenti membocorkan gambar dan maklumat peribadi barang rampasan polis ke media sosial. Najib turut mendesak polis bersikap profesional dalam menjalankan tugas mereka.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...