Get $25 free
loading...

Rafidah: Saya setia pada negara, bukan pada Dr M

Bekas menteri kata dia tidak akan berkempen untuk pembangkang jika Najib Razak dan Hishammuddin Hussein seperti ayah mereka.

Calon Pendang, Wan Saiful (kanan) bergambar dengan Rafidah Aziz, calon Sungai Tiang, Abdul Razak dan calon Tokai, Mohd Firdaus.

ALOR SETAR: Bekas keta Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz hari ini menafikan dia secara membuta tuli mengikut Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad, mengatakan kesetiaannya adalah kepada negara.

Rafidah berkata dia berani mempertikaikan pandangan Dr Mahathir, yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun sehingga 2003, dan mereka pernah berbalah semasa dalam Kabinet beliau.

Rafidah berkata dia pernah membalas kata-kata Dr Mahathir di depan 8 individu lain apabila dia cakap seorang timbalan perlu taat pada presiden.

“Saya cakap pada Dr Mahathir saya tak setuju. Tidak ada seorang pun yang harus taat kepada presiden,” katanya di sesi bertemu rakyat di Pendang, Kedah malam tadi.

“Anda pernah tengok saya nangis, geram saya anda tak perasan,” katanya.

Turut hadir calon PH bagi Parlimen Pendang, Wan Saiful Wan Jan, calon DUN Sungai Tiang, Abdul Razak Khamis dan calon DUN Tokai, Mohd Firdaus Jaafar.

Rafidah, seorang bekas menteri perdagangan luar negara dan industri, mengulas komen seorang hadirin yang berkata tangisannya pada perhimpunan agung Umno 2002 menunjukkan dia setia pada Dr Mahathir, yang ketika itu presiden Umno.

Kejadian itu berlaku selepas Dr Mahathir mengumumkan dia akan bersara dari semua jawatan, termasuk perdana menteri, di perhimpunan itu.

“Semasa dia jadi perdana menteri saya, saya sokong dia kerana cara dia mengurus negara ini betul, bukan kerana dia Dr Mahathir,” katanya.

“Saya sokong anda kerana perjuangan anda.”

Rafidah tidak bersetuju dengan pihak yang mengatakan perdana menteri Malaysia itu anugerah Tuhan.

“Eh, kita ni anugerah dari pokok mana? Kita semua anugerah Allah. Ibu bapa yang melahirkan kita, bukan dari pokok atau keluarga monyet,” katanya.

Rafidah berkata dia tidak akan berkempen untuk pembangkang jika perdana menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, dan Naib Presiden Umno Hishammuddin Hussein seperti ayah mereka.

Najib adalah anak kepada perdana menteri ke-2, Tun Abdul Razak Hussein, sementara Hishammuddin anak kepada perdana menteri ke-3, Tun Hussein Onn.

“Kalaulah macam bapa-bapa dia, alhamdulillah, saya tak berada di sini. Dr Mahathir takkan keluar, betul tak? kalau camtu cara dia tadbir, oi, saya lelap tidur, tak payah membendang, pacak khemah ndan dengar orang tua ceramah.”

Dr Mahathir, 93, merupakan calon perdana menteri PH sekiranya gabungan itu menang pilihan raya Rabu ini.

Rafidah berkata politik bukan mengenai darah daging tetapi kelayakan.

Beliau berkata Najib dan Hishammuddin nampak layak di awal kerjaya politik mereka tetapi mereka tidak mengikut lunas bapa mereka.

“Busukkan nama bapa buat apa?” katanya.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...