loading...

PH nampaknya tak mampu hapuskan tol, kata Umno

Umno melihat potongan 50% kadar tol untuk tempoh 2 hari sebelum Aidifitri menunjukkan PH tidak dapat menunaikan manifestonya.

PETALING JAYA: Umno berkata Pakatan Harapan akhirnya menyedari janji penghapusan tol tidak realistik dan sukar dilaksanakan, selepas kerajaan mengumumkan potongan 50% kadar tol untuk tempoh 2 hari sebelum Aidilfitri.

Unit Komunikasi Strategik Umno berkata penghapusan tol akan memberi kerugian besar kepada pemegang konsesi dan kerajaan bagi tempoh yang singkat kerana ia membabitkan bon dan sukuk berjumlah RM53 bilion.

“Oleh itu, bagaimana kerajaan mampu menanggung perbelanjaan bagi melunaskan hutang dengan syarikat konsesi ini, yang ada antaranya baru memulakan kutipan bagi membiayai kos pembinaan lebuh raya mereka?” katanya dalam kenyataan hari ini.

Umno berkata kenyataan ini mengecewakan rakyat yang mengharapkan Pakatan Harapan menunaikan janji menghapuskan tol di seluruh negara yang terkandung dalam manifesto pilihan raya gabungan itu.

“Apakah masa depan pembinaan lebuh raya lain, misalnya lebuh raya bertingkat Ulu Klang-Sungai Besi (SUKE) kendalian firma Prolintas mampu diteruskan tanpa kutipan tol? Projek berharga RM48 bilion itu memerlukan suntikan modal yang besar untuk pembinaannya. Apakah kerajaan sanggup menanggung kosnya, dan bagaimana?” katanya.

Umno berkata pengguna sebenarnya sudah menerima sistem tol sejak PLUS mengutipnya pada zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini, dan memahami pembinaannya menelan kos yang tinggi dan tujuan kutipan tol.

“Apa jua janji kepada rakyat, mestilah ditunaikan sebaik mungkin, tanpa alasan dan helah politik,” katanya.

Umno menambah Pakatan Harapan akan tercari-cari jawapan dari segi implikasi kewangan kepada kerajaan dan pemegang konsesi sekiranya tol dihapuskan, lebih lagi dalam keadaan pasaran saham yang merudum, penurunan berterusan nilai ringgit dan penarikan keluar modal asing sekarang.

“Carilah ubat kepada strategi ‘membuka pekung di dada ini’ kerana ia ternyata membuat pelabur luar berfikir banyak kali untuk menanam modal di negara yang pentadbirannya masih caca merba atau ‘failed state’ ini,” katanya.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...