Get $25 free
loading...

Pemimpin Gerakan letak semua jawatan dalam parti, BN

Mengambil tanggungjawab atas kekalahan presiden parti itu di Teluk Intan, timbalan ketua pemuda Gerakan Selangor, Ivanpal Singh Grewal berkata, beliau mahu tinggalkan politik.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Gerakan mengambil tanggungjawab atas kekalahan besar presiden parti itu, Datuk Mah Siew Keong di kerusi parlimen Teluk Intan, dan berkata beliau meletak semua jawatan parti dan dalam Barisan Nasional.

Menulis di laman Facebooknya berikutan keputusan tidak rasmi bagi kerusi itu, timbalan ketuan pemuda Gerakan Selangor, Ivanpal S Grewal menggelarnya “malam malang untuk Gerakan”.

“Kemungkinan besar kami akan tinggal satu kerusi Parlimen sahaja. Saya telah lakukan yang terbaik tetapi ia tidak mencukupi. Sebagai pengarah operasi bagi BN Teluk Intan, saya perlu ambil tanggungjawab.

“Saya akan secara rasmi meletakkan semua jawatan dalam Gerakan dan jawatan politik berkaitan. Tempoh 10 tahun yang bermakna. Walaupun pahit, pilihan rakyat mesti diterima.

“Saya telah berikan 10 tahun untuk negara ini, kini masanya untuk saya berehat sedikit. Kepada semua yang bersama saya, terima kasih. Rahmat Tuhan untuk Malaysia.

Keputusan tidak rasmi bagi kerusi Teluk Intan menyaksikan penegrusi DAP Perak, Nga Kor Ming menewaskan Mah dengan sekurang-kurangnya 10,000 undi.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...