Get $25 free
loading...

Larikan RM2.6 juta, bekas pegawai tentera diburu

Suspek yang juga pengurus cawangan syarikat berkenaan mengurung 3 rakan sepejabat sebelum melarikan wang milik syarikat tersebut dengan menaiki sebuah motosikal.

ACP R Supramaniam berkata siasatan dapati suspek baru 2 bulan bekerja di cawangan itu dan pada mulanya gunakan alasan bermalam di pejabat 2 tingkat tersebut. (Gambar Facebook)

SHAH ALAM: Polis memburu seorang bekas pegawai tentera darat berpangkat kapten kerana dipercayai melarikan wang tunai berjumlah RM2.6 juta daripada bilik kebal sebuah syarikat kawalan keselamatan di Jalan Indah, Taman Perindustrian Rawang semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan dan Perundangan) Selangor ACP R Supramaniam berkata dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah malam itu, suspek berusia 38 tahun yang juga pengurus cawangan syarikat berkenaan mengurung 3 rakan sepejabatnya sebelum melarikan wang milik syarikat tersebut dengan menaiki sebuah motosikal.

Beliau berkata siasatan mendapati suspek baru 2 bulan bekerja di cawangan itu dan dia pada mulanya menggunakan alasan bermalam di pejabat 2 tingkat tersebut, dan pada masa sama terdapat 2 pekerja lelaki lain sedang bertugas mengawal keselamatan premis berkenaan.

“Sekitar 12.30 tengah malam, suspek keluar minum dan sekembalinya ke pejabat, dia memanggil seorang rakannya untuk memeriksa bilik kebal di tingkat bawah kononnya dikatakan tidak berkunci. Apabila rakannya turun, suspek mengacukan senjata jenis ‘pump gun’ kepadanya dan mengurung lelaki itu dalam sebuah bilik berdekatan.

“Kemudian, dia memanggil seorang lagi rakan yang sedang tidur dengan alasan sama serta mengacukan senjata sama sebelum turut mengurungnya. Suspek turut menelefon ketua juruwang supaya datang ke pejabat atas alasan sama, bilik kebal tidak berkunci,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor hari ini.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...