Get $25 free
loading...

Ismail Sabri: Daim sendiri pernah cadang GST

Beliau berkata demikian sebagai membidas kenyataan bekas menteri kewangan itu yang memberi gambaran negatif tentang pelaksanaan GST sejak 1 April 2015.

Datuk Seri Ismail Sabri berkata pulangan GST membolehkan aktiviti pembangunan dapat dilaksanakan di kawasan luar bandar. (Gambar Facebook)

BERA: Cadangan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebenarnya pernah dibangkitkan semasa Tun Daim Zainuddin menjadi menteri kewangan, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail berkata Daim turut terlibat dalam kajian mengenai pelaksanaan cukai itu.

“Mungkin dia (Daim) pun sudah lupa,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Pejabat Risda Stesen Batu Papan, di Kampung Batu Papan hari ini.

Ismail yang juga menteri kemajuan luar bandar dan wilayah dan calon Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen Bera itu berkata pelaksanaan GST di 167 buah negara yang antaranya lebih maju daripada Malaysia membuktikan ia memberi kebaikan.

Katanya pulangan GST membolehkan aktiviti pembangunan dapat dilaksanakan di kawasan luar bandar.

Beliau berkata demikian sebagai membidas kenyataan bekas menteri kewangan itu yang memberi gambaran negatif tentang pelaksanaan GST sejak 1 April 2015.

Dalam satu majlis di Kedah baru-baru ini Daim turut dilaporkan menyatakan secara terbuka sokongannya kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada pilihan raya umum ke-14.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...