Get $25 free
loading...

PAS Johor bertanding 19 kerusi Parlimen, 40 DUN

Pesuruhjaya PAS negeri berkata, jumlah itu meningkat berbanding 8 kerusi Parlimen dan 31 DUN pada PRU lepas.

JOHOR BAHRU: PAS Johor hari ini mengumumkan akan bertanding di 19 kerusi Parlimen dan 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Pesuruhjaya PAS negeri, Abdullah Husin berkata, jumlah kerusi itu meningkat berbanding hanya 8 kerusi Parlimen dan 31 DUN pada PRU lepas.

“Ini merupakan jumlah (kerusi) tertinggi pernah ditandingi PAS Johor dalam sejarah PRU di negeri ini,” katanya selepas majlis pelancaran Manifesto Gagasan Sejahtera (Gagasan) Johor peringkat negeri, hari ini.

Gagasan Johor dianggotai PAS, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiyah Se-Malaysia (Berjasa).

“Semua calon sudah dikenal pasti. Daripada 19 calon yang bertanding kerusi Parlimen di negeri ini, 4 merupakan ulama, 5 aktivis parti dan selebihnya adalah profesional,” kata beliau.

Selain itu, beliau berkata, PAS turut menampilkan 5 calon wanita dan seorang daripadanya calon bukan Islam dari Dewan Himpunan Penyokong parti tersebut.

Pada PRU lepas, PAS memenangi 4 kerusi DUN iaitu Puteri Wangsa, Parit Yaani, Maharani dan Sungai Abong. Bagaimanapun, kerusi DUN yang dimenangi PAS tinggal 3 apabila Aminolhuda Hassan yang memenangi kerusi Parit Yaani menyertai Amanah.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...