Get $25 free
loading...

Letak jawatan jika jadi calon, kata KSN

Ali Hamsa berkata menjadi tanggungjawab pejawat awam untuk mematuhi prosedur.

KUALA KRAI: Penjawat awam yang berkhidmat secara tetap atau kontrak yang dipilih sebagai calon bagi pilihan raya perlu meletakkan jawatan, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata menjadi tanggungjawab penjawat awam untuk mematuhi prosedur.

“Kita kena tengok jumlah selepas berlangsungnya penamaan calon Sabtu ini. Pada hari tersebut automatik semuanya akan terjawab,” katanya kepada pemberita pada Program Ziarah Kebajikan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) di Hospital Kuala Krai (HKK) hari ini.

Pada program itu, Ali yang juga penasihat Puspanita turut menyerahkan sumbangan daripada persatuan berjumlah RM103,000 kepada HKK bagi pembelian peralatan dan ubat-ubatan hospital selain sumbangan kepada pesakit.

Terdahulu, beliau yang dalam rangka lawatan selama 2 hari di Kelantan meluangkan masa melawat hospital baharu Kuala Krai, di sini yang dilaporkan 99% siap.

Beliau berkata pembinaan hospital yang dilengkapi peralatan canggih dengan kos RM300 juta tersebut menunjukkan kerajaan persekutuan benar-benar ingin membantu rakyat Kelantan.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...