Get $25 free
loading...

Jamal Yunos anjur konsert tarik pengundi Sungai Panjang

Jamal menggerakkan konsert yang menampilkan pelbagai artis dan penghibur, cabutan bertuah, makanan dan sagu hati untuk pengunjung terpilih.

Jamal menggunakan pendekatan berhibur sambil berpolitik untuk memikat hati warga Sungai Panjang

SUNGAI PANJANG: Ketua Umno Sungai Panjang Datuk Seri Jamal Mohd Yunos mengambil pendekatan berbeza untuk membantu calon Barisan Nasional (BN) berkempen.

Berbeza dengan lokasi-lokasi lain, Jamal membawa artis dan penghibur tanah air ke DUN Sungai Panjang untuk mengadakan konsert.

Difahamkan, Jamal penggerak konsert yang menampilkan artis dan penghibur seperti Norshila Amin, Azlee Senario, Abon, Nash dan Mat Over.

“Pastikan BN rampas semula Selangor,” kata Mat Over kepada 500 pengunjung.

Artis dan penghibur seperti Norshila Amin, Azlee Senario, Abon, Nash dan Mat Over menjayakan konsert kecil Jamal.

Bukan itu sahaja, beberapa hadiah cabutan bertuah turut disediakan untuk pengunjung dengan hadiah utama sebuah motosikal Demak MV135.

“Malam ini ada 13 biji buah motosikal. Tetapi malam ini hanya satu sahaja dibagi dulu, 12 lagi biji motosikal kita simpan untuk program lain,” kata Jamal.

Jamal turut menaja makanan dan memberikan sagu hati tambahan sebanyak RM100 untuk pengunjung terpilih.

Konsert Jamal menawarkan 13 buah motorsikal untuk direbut.

Beliau sempat membidas Muslimin Yahya, calon Pakatan Harapan untuk Parlimen Sungai Besar, kerana mengkhianati parti kerana tidak dicalonkan.

“Dia khianati perjuangan kita, mereka ambil kesempatan di atas kekecewaan. Dipersalahkan saya tetapi bukan saya yang buat keputusan.

“Datanglah jin jembalang menghasut beliau, jin mata satu. Dulu kita sayang pada beliau tetapi sekarang ini kita sudah tidak sayang,” kata Jamal.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...