Get $25 free
loading...

Sultan Johor maafkan Nazri kerana kritik Istana Johor

nazri-aziz-tmj3

Nazri Aziz menghadap Sultan Ibrahim dan Tunku Ismail di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, hari ini. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memaafkan Datuk Seri Nazri Aziz yang pernah mengkritiknya, selepas menteri pelancongan dan kebudayaan itu menghadap Sultan Johor hari ini.

Satu catatan di Facebook Johor Southern Tigers dan Sultan Ibrahim petang tadi disertakan 5 gambar pertemuan Nazri bersama Sultan Ibrahim dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail, hari ini.

“Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap dan mengampuni Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang sebelum ini mengaitkan baginda dan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim serta Istana Johor dalam isu politik.

“Sebagai manusia biasa kita pasti ada buat silap. Jadi bila sedar sudah silap, cepat-cepatlah minta maaf. Jangan sampai berpecah belah. Tambahan pula kita orang Melayu sangat beradab. Jika buat salah, datang mengadap dan mohon ampun.

“Apa jua kemelut yang berlaku sebelum ini saya sudah ampunkan dan Tunku Mahkota Johor (Tunku Ismail) juga sudah ampunkan,” demikian catatan dalam Facebook Sultan Ibrahim.

Pada 2015, Sultan Ibrahim pernah memberi amaran kepada Nazri supaya tidak angkuh selepas ahli Parlimen Padang Rengas itu menegur Tuanku Ismail menjauhkan diri daripada politik, ekoran status Facebook TMJ mengenai sesi dialog #Nothing2Hide.

Sultan Ibrahim turut mengingatkan ahli politik tidak mencampuri urusan Istana Johor dan membuat kenyataan mengaitkan kerabat diraja Johor.

Dalam pertemuan hampir sejam di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, hari ini, Sultan Ibrahim yang ditemani TMJ memberi amaran kepada semua pihak tidak memanjangkan isu yang sudah selesai itu.

“Apa yang penting, kita perlu bergerak ke hadapan dan sentiasa mengutamakan perpaduan. Jangan cuba memecahbelahkan perpaduan yang sudah terbina selama ini.”

Sultan Johor nasihat Nazri Aziz jangan angkuh



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...