Get $25 free
loading...

Satu lagi Janji Syurga Palsu Pakatan Pembangkang

Share This:

‘1 lagi Janji Syurga Palsu’ oleh Pakatan Harapan yang digula – gulakan oleh kepimpinan PH kepada Rakyat Malaysia demi meraih undi pada Piliharanraya Umum yang akan berlangsung dalam waktu terdekat ini.

9 Projek Perumahan Rakyat di Selangor baru – baru ini dibatalkan tanpa alasan yang kukuh dan dipadankan dengan kos harga rumah ‘Mampu Milik’ di Pulau Pinang yang hanya mampu dibeli oleh golongan berkemampuan tinggi sahaja sudah membuktikan semua janji – janji Manifesto PH adalah Janji Syurga Palsu kepada rakyat Malaysia.

Hampir 10 tahun Pulau Pinang dan Selangor dibawah kepimpinan parti pembangkang, berapa banyakkah rumah mampu milik untuk rakyat golongan bawahan yang dibina ? Nie bukan janji 5 tahun tapi sudah 10 tahun mereka memerintah 2 negeri yang berpendapatan tinggi. Namun masih gagal untuk menyediakan perumahan murah untuk rakyat dinegeri tersebut.

Tetapi jika rumah yang berharga lebih RM500 ribu, mereka berlumba – lumba memberikan kelulusan segera dan malah mereka menghalau penduduk asal rumah – rumah stinggan di bandaraya Pulau Pinang bagi merealisasikan hasrat membina rumah – rumah mewah.

Ini sudah menunjukkan sikap pilih kasih kepimpinan kedua – dua pemimpin di Penang dan Selangor. Sewa rumah kos rendah yang dibina oleh Kerajaan Barisan Nasional ketika memerintah Selangor untuk kemudahan rakyat di Selangor juga telah dinaikkan berlipat ganda. Malah cukai – cukai tanah dan pintu juga dinaikkan tanpa memikirkan beban tekanan terhadap rakyat bergolongan rendah di Selangor. Apakah masih hendak menjanjikan Syurga Palsu ?

Di Wilayah Persekutuan, hampir 20 ribu rumahwip mampu milik telah dibina untuk keperluan penduduk bandar. Projek Prima juga sudah mencecah lebih dari 100 ribu rumah mampu milik yang dibina diseluruh Malaysia. Kerajaan Barisan Nasional tidak hanya pandai berjanji namun akan pasti ditepati.

Cukup – cukuplah pemimpin PH selama ini yang suka menggula – gulakan rakyat. Saya yakin rakyat di Selangor dan Pulau Pinang sudah masak dan jemu dengan janji – janji manis pakatan pembangkang.

Sekian.

Datuk Nazir Hussin Aktar Hussin
Pengerusi
Biro Hal Ehwal Bandar Dan Perumahan

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...