Get $25 free
loading...

Peserta forum esok tak tahu berdebat, kata Dr M

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau tidak mahu menyertai satu forum esok yang menampilkan seorang ketua Pemuda PAS negeri, seorang ketua penyelaras gerakan aktivis dan penganalisis terkenal Kamarul Zaman Yusoff.

Ini kerana mereka yang mahu berdebat dengannya, tentang “Layakkah Tun Mahathir Menjadi PM Sekali Lagi”, tidak tahu berdebat, kata pengerusi Pakatan Harapan (PH).

Namun begitu, bekas perdana menteri itu menyarankan penganjur forum, Pertahan, mengundang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berkongsi pentas denganya.

“Oleh kerana dia nak jemput saya, saya nak jemput Hadi dengan Najib. Saya ketua parti, dia pun ketua parti juga. Jadi, Hadi dengan Najib patut datang. Janganlah buat macam forum ‘Nothing to Hide’…lari,” katanya.

Beliau merujuk kepada satu program dialog pada 2015 dan 2017 yang mengundang perdana menteri untuk berdialog bersama Dr Mahathir dan hadirin tentang 1MDB dan kontroversi lain.

“Kalau dia nak datang, saya jemput dia datang, saya boleh bagi makan pun. Tapi buatlah dengan orang yang ini. Kalau nak cari kuncu-kuncu yang tak layak, tak tahu nak debat, tak payah lah,” katanya.

Forum itu dijadualkan esok di Pengkalan Chepa dan menampilkan Ketua Pemuda Pas Kelantan Ahmad Fadhli Shaari; Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin dan Kamarul Zaman Yusoff dari Institut Kajian Politik di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Forum itu dipercayai lanjutan daripada satu forum anjuran media Sinar Harian yang membincangkan kelayakan Dr Mahathir menjadi perdana menteri pada usia 93 tahun, 22 Mac lepas.

Bekas perdana menteri itu membuat kemunculan mengejut di wacana itu ketika peserta forum sedang membincangkan kelayakan beliau.

Ditanya sama ada beliau ada menerima undangan ke forum esok, beliau berkata: “Saya tak ada terima, ini kali pertama saya dengar.”

Dr M muncul mengejut di wacana bincang isu pemimpin tua



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...