Get $25 free
loading...

Peniaga Restoran Tersohor Lari Cukai Didenda RM24,000

Share This:

Seorang peniaga restoran makanan tersohor didenda RM24,000.00 atas kegagalan mengemukakan penyata cukai dalam Borang B (Individu berpendapatan punca perniagaan) di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967).

Peniaga restoran yang berusia 54 tahun yang juga merupakan pengarah syarikat sebuah restoran popular didapati gagal mengemukakan Borang B untuk Tahun Taksiran 2012 sehingga 2015 berdasarkan hasil penemuan siasatan yang dijalankan.

Tertuduh menghadapi 2 pertuduhan di bawah seksyen 77(1) dan seksyen 112(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang membawa kepada hukuman denda tidak kurang daripada RM200 dan tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh turut menghadapi 2 lagi pertuduhan di bawah seksyen 78 dan seksyen 120(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 di mana jika disabitkan dengan kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang daripada RM200 dan tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh telah mengaku salah atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan hakim mahkamah Majistret dan mahkamah menjatuhkan hukuman denda maksimum sebanyak RM2,000.00 bagi setiap pertuduhan untuk Tahun Taksiran 2012 dan 2013.

Sekiranya tertuduh gagal menjelaskan denda tersebut, hukuman 3 bulan penjara akan dikenakan atas setiap pertuduhan.

Manakala untuk pertuduhan di bawah seksyen 78 dan seksyen 120(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 Tahun Taksiran 2014 dan 2015, tertuduh telah didenda sebanyak RM10,000.00 bagi setiap pertuduhan.

Terdahulu, kes telah ditetapkan untuk perbicaraan pada hari ini di mana 5 orang saksi pihak pendakwaan telah hadir ke mahkamah untuk memberikan keterangan. Walau bagaimanapun, tertuduh telah menukar pengakuan kepada akuan bersalah.

Comments

comments

Related Post



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...