Get $25 free
loading...

Pengiraan Potongan Cukai Bulanan Melalui Kalkulator PCB

Share This:

Setiap bulan Mac setiap tahun adalah bermula bulan percukaian di Malaysia. Mulai 1 Mac 2018, e-Filing telah mula dibuka kepada orang awam untuk mengemaskinikan maklumat bagi tahun taksiran sebelumnya.

Tarikh akhir penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) untuk individu (Borang BE) adalah 30 April. Manakala Borang B, P, M, MT dan TF akan ditutup pada 30 Jun.

Sempena sambutan Hari Hasil ke-22 pada 1 Mac 2018, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah melancarkan beberapa produk aplikasi mobile untuk memantapkan lagi kemudahaan yang diberikan kepada pembayar cukai.

Aplikasi KalkulatorPCB lebih memudahlah pembayar cukai berpendapatan penggajian untuk mengira sendiri Potongan Cukai Bulanan (PCB) yg dikenakan setiap bulan.

Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui di Google Play atau App Store seperti yang ditunjukkan di bawah. Pengguna atau pembayar cukai boleh memasukkan maklumat yang diperlukan.

Melalui aplikasi ini, pembayar cukai boleh memeriksa PCB yang dikenakan dengan potongan sebenar di slip gaji dengan aplikasi KalkulatorPCB. Kemudahan ini memberikan keyakinan orang ramai tentang sistem yang dijalankan oleh LHDNM.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...