Get $25 free
loading...

Mungkinkah Wujud Unsur Sabotaj Dalam Sistem Perpaipan Air Di Selangor?

Share This:

Hari ini sudah memasuki hari ketiga, enam kawasan di negeri Selangor terjejas teruk akibat ketiadaan bekalan air. Malah, perkembangan terbaru menyaksikan kesemua enam kawasan berkenaan terpaksa hidup dalam keadaan ketiadaan air mungkin sehingga Ahad ini di mana pihak-pihak yang berkenaan sedang bertungkus lumus memperbaiki sistem perpaipan yang pecah selain daripada injap pam air yang rosak.

Melihat kepada keadaan ini, timbul persoalan, dalam setahun, berapa kali paip ini pecah dan berapa kali alasan injap yang sama gagal berfungsi dengan baik? Bukankah terdapat dakwaan menyatakan bahawa sistem perpaipan di loji ini dijamin ketahanannya sehingga 100 tahun? Kenapa pula boleh pecah sedangkan tekanan air bukanlah berada pada tahap yang luar biasa?

Inilah yang menimbulkan banyak persoalan di kalangan mereka yang terjejas dengan krisis air terbaru di Selangor. Jika sebelum ini kerajaan negeri dan SYABAS memberikan alasana penyelenggaraan semula sistem perpaipan dan injap utama loji penapisan air setelah didakwa tercemar, kali ini situasinya dilihat semakin teruk.

Adakah pihak-pihak yang berkenaan tidak menyelenggara dengan baik sistem perpaipan dan injap utama ini sehingga masalah yang sama kerap kali berulang? Adakah tiada pengawasan yang sepatutnya di bahagian pengawasan saluran air sehingga menyebabkan paip gergasi seumpama ini boleh pecah?

Disinilah timbulnya keraguan dan persoalan, adakah sistem air di Selangor ini kerap kali disabotaj. Manakan tidak, di satu kawasan di Kajang, Bangi dan sekitarnya, boleh dikatakan, hampir setiap bulan mereka akan menerima masalah bekalan air yang melibatkan lebih sejuta orang. Kali ini masalah yang sama berlaku dan lebih buruk lagi, lebih ramai yang merasa kesan hasil dari kealpaan ini.

Bayangkan jika projek Langat dua yang pernah diusahakan oleh kerajaan Barisan Nasional Selangor dengan kerjasama Kerajaan Pahang dan Kerajaan Persekutuan di laksanakan dengan jayanya. Rasanya tidak timbul lagi masalah bekalan air di sekitar Lembah Klang seperti mana yang berlaku hari ini.

Secara tidak langsung, kerajaan Selangor yang diketuai oleh Datuk Seri Azmin Ali dan Pakatan Harapan secara amnya, memang gagal menguruskan bekalan asas rakyat Selangor sehingga mereka kerap kali menerima kegagalan bekalan air untuk disalurkan ke rumah mereka.

Mungkin akan banyak timbul alasan dari kerajaan Selangor berhubung kegagalan ini. Namun, jika direnungkan sedalam-dalamnya, kegagalan ini sebenarnya boleh diatasi seandainya kerajaan Selangor lebih prihatin terhadap rakyatnya. Atau mungkin sahaja satu penguatkuasaan khusus bagi menangani masalah bekalan air ini dari terus berulang, boleh dilaksanakan di Selangor. Pokok pangkalnya, mahu atau tidak sahaja!

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...