Get $25 free
loading...

Kerajaan BN Hormat Kewujudan SJKC Dan Keperluan Pendidikan – Najib

Share This:

Pembinaan bangunan baharu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Rasa adalah antara bukti bahawa kerajaan pusat menghormati kewujudan sekolah aliran Cina dalam sistem pendidikan negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata kerajaan Barisan Nasional (BN), yang ditunjangi UMNO, sentiasa menepati janjinya kepada rakyat terutama dalam soal memenuhi keperluan pendidikan sekolah Cina di negara ini.

Semasa merasmikan bangunan baharu sekolah berusia 80 tahun yang terletak dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor itu, beliau berkata pembinaan bangunan itu adalah yang sangat baik kualitinya.

“Menang saja calon BN peringkat Parlimen pada 25 April, 2010 (Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor), dan pada 28 April 2010, saya umumkan peruntukan RM3 juta (untuk bina bangunan). Kita (BN) sebagai sebuah kerajaan sentiasa menepati janji,” katanya dalam ucapan ringkas semasa melawat sekolah itu.

Bangunan baharu SJKC Rasa yang menempatkan 332 murid itu terletak kira-kira tiga kilometer dari lokasi asalnya di Kampung Chuang, Rasa. Kos keseluruhan bangunan baharu SJKC Rasa adalah sebanyak RM5.4 juta iaitu RM3 juta sumbangan kerajaan pusat dan bakinya dibiayai hasil kutipan pihak sekolah.

Berucap di hadapan kira-kira 5,000 jentera dan penyokong BN Selangor, Najib yang juga Presiden UMNO dan pengerusi BN berkata lima kelemahan tersebut perlu dikupas dan diterangkan kepada rakyat agar mereka tidak terus tertipu dengan janji pembangkang.

Beliau memberi jaminan semua kelemahan tersebut boleh diselesaikan oleh BN sekiranya ia berjaya mendapatkan semula kuasa politik di negeri ini.

Dalam pada itu, perdana menteri berkata untuk pengurusan Lembah Klang yang merangkumi Kuala Lumpur dan Selangor ia mesti dilaksanakan secara bersepadu di bawah satu pentadbiran kerajaan iaitu kerajaan BN.

Katanya, pentadbiran Kuala Lumpur dan Selangor tidak boleh diasingkan kerana kebanyakan projek pembangunan seperti Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) melibatkan kedua-dua kawasan ini.

“Selangor dan Kuala Lumpur tidak boleh diasingkan. Jangan fikir bahawa masa depan negara kita diuruskan dengan baik kalau kita nak buat Selangor lain Kuala Lumpur lain, tidak boleh. Kena bawah satu kerajaan, kerajaan BN,” katanya.

Comments

comments

Related Post



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...