Get $25 free
loading...

Tarian Separuh Bogel Iringi Pengebumian Di China Di Haramkan

Share This:

Perkhidmatan penari separuh bogel yang kini mendapat permintaan tinggi untuk majlis pengebumian di negara itu menyebabkan pihak berkuasa China melancarkan satu operasi terbaru terhadap mereka.

Menurut sumber, Kementerian Kebudayaan China berkata, perkhidmatan penari itu yang dianggap sebagai haram dan merosakkan moral kini menjadi masalah besar di kawasan pedalaman.

Persembahan tarian dan nyanyian oleh wanita berpakaian seksi itu bertujuan menarik seramai mungkin tetamu ke upacara penghormatan terakhir si mati bagi menunjukkan kekayaan sesebuah keluarga.

Kata kementerian, pihaknya menyasarkan persembahan separuh bogel dan berbentuk lucah pada upacara pengebumian, perkahwinan dan majlis tradisional lain di China.

Pihak berkuasa China mula melancarkan operasi membasmi amalan seperti itu pada 2006 dan melancarkan operasi kedua pada 2015.

Operasi terbaru itu kini ditumpukan terhadap 19 bandar di seluruh empat wilayah di Henan, Anhui, Jiangsu dan Hebei.

Kempen berkenaan turut menawarkan ganjaran kepada orang ramai sebagai galakan menghubungi talian khas untuk melaporkan aktiviti seperti itu kepada pihak berkuasa.

Manakala, Ketua kumpulan itu dijatuhkan hukuman penjara 15 hari dan didenda 70,000 yuan (RM43,278).

Tiga tahun lalu, pihak berkuasa mendakwa sebuah kumpulan tarian kerana penarinya menanggalkan baju ketika membuat satu persembahan tradisional.

-PRU14.TV

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...