Get $25 free
loading...

SUMBANGAN DERMA KEPADA PESAKIT KRITIKAL SEBENARNYA BOLEH DIPOTONG CUKAI

Share This:

Seringkali kita akan tersentuh hati apabila ada insan yang mengidap penyakit kronik yang serius dan sudah tentu rawatan perubatan yang tinggi diperlukan. Malah ada juga mereka ini tergolong dalam kalangan orang miskin yang sewajarnya diberikan bantuan.

Sebagai penyelesaian kepada menyalurkan maklumat kepada umum, kemudahan media sosial turut digunakan sebagai alat untuk menularkan berita dalam menyiarkan berita pesakit-pesakit yang memerlukan bantuan dan membolehkan orang ramai memberikan sumbangan derma kepada golongan sasaran ini.

Pada masa ini bantuan perubatan boleh diperolehi melalui tabung-tabung yang telah diberi kelulusan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri seperti Tabung Kebajikan Negara yang ditubuhkan untuk memberi  bantuan, termasuk bantuan perubatan,  kepada mereka yang memerlukan.

Sebenarnya terdapat garis panduan bagi tujuan menerangkan prosedur permohonan untuk mendapatkan kelulusan untuk maksud potongan cukai bagi penderma yang memberi sumbangan tunai kepada seseorang individu yang mengidapi penyakit kronik atau serius dan memerlukan bantuan kewangan bagi maksud merawat penyakit tersebut.

Maka melalui saluran ini sumbangan tunai oleh orang ramai bagi maksud rawatan perubatan penyakit kroni atau serius yang dihidapi oleh seseorang individu yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri kini layak mendapat potongan cukai.

Bagi mendapatkan kelayakan sumbangan mendapat potongan cukai, permohonan boleh dibuat terus kepada Bahagian Teknikal, Ibu Pejabat, Lembaga Hasil Dalam Negeri atau mana-mana Cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri  dengan menggunakan borang permohonan yang disediakan.

Syarat kelayakan untuk menjadikan sumbangan sebagai layak mendapat potongan cukai ini hanya diberikan kepada rakyat Malaysia yang mengidapi penyakit kronik atau serius dan pendapatan keluarga yang tidak melebihi RM2,500.00 sebulan. Pertimbangan juga diberi kepada pesakit yang mana pendapatan keluarganya melebihi RM2,500.00 sebulan mengikut merit kes masingmasing.

Permohonan tersebut hendaklah dibuat atas nama pesakit dan boleh dibuat sendiri atau oleh ibu atau bapa atau penjaga pesakit.  Namun begitu, permohonan juga boleh dibuat oleh mana-mana orang atau pertubuhan bagi pihak pesakit atau keluarga pesakit.  Walaubagaimana pun, permohonan daripada pihak ketiga ini hendaklah disertakan dengan surat kebenaran daripada pesakit atau keluarga pesakit.

Oleh itu mereka yang ingin membantu menjadikan sumbangan sebagai layak mendapat potongan cukai di bawah subseksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1967 dapat menggalakkan penyumbang atas insentif oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ini dan juga kepada individu golongan sasar yang ingin dibantu.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...