Get $25 free
loading...

Pembangkang Halang JAKIM Dedah Identiti Sajat?

Share This:

AGAMA Islam merupakan agama rasmi Malaysia. Namun parti pembangkang yang diketuai DAP seolah-olah berusaha bersungguh-sungguh untuk menidakkan perkara ini. Mereka tahu bahawa buat masa ini adalah mustahil untuk berbuat demikian.

Tetapi demi untuk mencemarkan kesucian Islam maka mereka cuba mengenengahkan budaya yang bertentangan dengan Islam dan mempromosikan budaya songsang tersebut sebagai “ok” . Kita tahu niat dan agenda tersembunyi pembangkang yang sebenarnya.

Dalam isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender ini pembangkang secara lantang menyatakan sokongan mereka. Malah sebarang usaha mengekang budaya songsang ini ditentang oleh NGO pro pembangkang secara habis-habisan.

Tempoh sebulan yang dijangkakan untuk mengetahui identiti sebenar usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman mungkin akan dipanjangkan apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memaklumkan bahawa prosedur berkenaan telah ‘dihalang’ oleh pihak ketiga.

Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti JAKIM, Dr Mohd Izwan Md Yusof berkata prosedur itu ‘dihalang’ oleh orang ketiga daripada pihak Sajat.

“Ada gangguan daripada pihak ketiga buat masa sekarang ini,” katanya tanpa mendedahkan individu tersebut seperti yang dipetik Sinar Harian.

Pada 19 Januari lalu, Mohd Izwan dalam satu kenyataan berkata, Jakim bersetuju beberapa proses perlu dilalui oleh Sajat untuk pengesahan identitinya secara rasmi dan dijangkakan dalam tempoh sebulan paling minimum.

Mengulas lanjut mengenai prosedur yang ‘dihalang’ pihak ketiga itu, Mohd Izwan hanya berkata, “Apa-apa kami akan maklumkan kemudian, tapi pada masa ini ada terhalang.”

Bagaimanapun, Mohd Izwan yang juga pakar dalam menangani lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) JAKIM berkata pihaknya tetap komited meneruskan proses untuk mendapatkan pengesahan identiti sebenar usahawan itu bagi menjawab persoalan masyarakat.

“Kita akan cuba selagi upaya untuk memujuk Sajat meneruskan proses-proses itu. Kita berharap agar dapat diteruskan apa yang telah dipersetujui dalam pertemuan dulu,” katanya yang enggan mengulas lanjut, namun menjelaskan bahawa persetujuan yang dimaksudkan adalah mendapat kerjasama di pihak Sajat.

Sebelum ini, pertubuhan Sisters in Islam (SIS) menempelak usaha JAKIM untuk menyiasat jantina sebenar usahawan kosmetik itu dan mahu JAKIM menghentikan siasatan terhadap Nur Sajat kerana mereka mendakwa ia “mencabuli hak individu dan boleh menghina maruah seseorang sebagai seorang manusia”.

Kita perlu berjihad menentang pembangkang diketuai DAP dalam PRU14 nanti bagi memastikan agama Islam, bangsa Melayu dan negara kita akan terus terpelihara.

Comments

comments

Related Post



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...