Get $25 free
loading...

KUNJUNGI FIESTA FIT HASIL HARI INI

Share This:

Fiesta Fit Hasil Program 2018 yang diadakan hari ini, 24 Februari 2018 bertempat di Akademi Percukaian Malaysia telah dilancarkan dengan jayanya.

Majlis ini yang turut dirasmikan oleh Yang Berbahgia Dato’ Sri Sabin Samtah selaku Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Orang ramai dijemput memeriahkan dan mengambil bahagian dalam acara yang dijalankan pada program ini.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan sempena majlis ini seperti senamrobik, telematch, sukaneka, memanah dan banyak lagi aktiviti-aktiviti yang berlangsung sepanjang hari bermula jam 8.00 pagi sehingga 2.00 petang.

Penampilan istimewa artis popular turut memeriahkan majlis Fiesta Fit Program Hasil 2018 seperti Bell Ngasri, Ippo Hafiz, Ernie Zakri dan Joey turut diberikan penampilan khas sempena majlis berkenaan.

Galakan dan inisiatif LHDNM dalam menerapkan aktiviti yang menyihatkan di kalangan pekerjanya. Seterusnya majlis seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara LHDNM dan orang ramai yang akan memberikan impak positif terhadap peranan LHDNM di mata masyarakat.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...