Get $25 free
loading...

Ini Sebabnya Kenapa Perlu Berhati-hati Di Majlis Perkahwinan

Share This:

Sesuatu yang tidak dijangka boleh berlaku dikala sibuk melayan tetamu di hari perkahwinan, terutama majlis perkahwinan yang diadakan di rumah.

Inilah sasaran pencuri untuk mengambil kesempatan di majlis perkahwinan.

Baru-baru tular taktik yang dilakukan seorang wanita dikesan aktif mencuri barangan berharga dan wang tunai ketika majlis perkahwinan di sekitar Selangor.

Malah, suspek berusia 40-an terbabit cukup licik apabila menyamar sebagai kenalan dan saudara-mara bakal pengantin ketika menghadiri majlis terbabit bagi membolehkan dia masuk ke dalam rumah keluarga mangsa.

Memetik sumber media mengatakan, suspek dikesan cuba melakukan kegiatan berkenaan di kediaman di Jalan Kota Raja, Klang, Sabtu lalu.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku ketika pemilik kediaman mengadakan majlis perkahwinan anak perempuannya.

Katanya, ketika majlis berlangsung suspek disyaki menyamar sebagai anggota keluarga pengantin lelaki.

“Suspek mengambil peluang sewaktu pihak pengantin lelaki berarak ke rumah pengantin perempuan untuk menyamar sebagai anggota keluarga.

“Dia berlakon seolah-olah mengenali keluarga pengantin dan menceroboh masuk ke dalam kediaman mangsa bagi mencuri barangan berharga.

“Bagaimanapun, keluarga mangsa terselamat apabila abang pengantin terbabit mencurigai kehadiran wanita itu dan mendapati suspek cuba menceroboh masuk ke bilik di kediaman terbabit,” katanya.

Sumber berkata, suspek melarikan diri selepas mendapati penyamarannya disedari anggota keluarga pengantin.

Katanya, susulan kejadian, keluarga pengantin terbabit membuat laporan berhubung kejadian di Balai Polis Klang Selatan, Klang.

“Mangsa menyerahkan gambar wanita berkenaan kepada pihak polis bagi membantu pihak polis mengesan suspek.

“Siasatan mendapati suspek disyaki terbabit dalam beberapa kes kecurian menggunakan modus operandi sama sejak 2014.

“Pada tahun lalu, wanita sama juga dipercayai menyebabkan pengantin di Shah Alam kerugian lebih RM70,000 apabila wang hantaran dan barangan berharga mereka dilarikan suspek.

“Siasatan sedang lakukan bagi mengesan suspek terbabit bagi tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dilakukan.

Justeru,apa yang menjadi pengajaran disini,perlu berhati-hati ketika mengadakan perkahwinan di rumah,pastikan barangan diletakkan di tempat yang selamat.

-PRU14.TV

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...