Get $25 free
loading...

Warisan tiada hak kata pilihan raya tidak sah, kata TKM Sabah

Yahya Hussin membidas seorang pemimpin Warisan yang berkata 13 kerusi baharu di Sabah harus diluluskan di Parlimen atau pilihan raya jadi tidak sah.

Yahya-Hussin-sabahKOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin hari ini membidas Warisan selepas seorang pemimpin parti itu berkata kesahan pilihan raya negeri Sabah akan datang boleh dipertikaikan jika 13 kerusi DUN baharu yang diluluskan di Dewan Undangan Negeri tidak diluluskan di Parlimen.

“Kerusi-kerusi itu akan diwartakan. Kalau bukan tahun ini, mungkin kemudian hari. Soal sama ada kerusi-kerusi itu sempat diluluskan untuk pilihan raya tidak timbul,” kata Yahya menjawab Timbalan Presiden Warisan Junz Wong.

Wong berkata mempertandingkan hanya 60 kerusi DUN mungkin melanggar pindaan pada undang-undang tubuh Sabah yang diluluskan pada 9 Ogos 2016.

Pindaan pada Perkara 14 Fasal (2) meningkatkan jumlah kerusi DUN Sabah daripada 60 kepada 73.

Yahya berkata Wong tidak berhak menentukan status pilihan raya.

“Serahkan pada pihak berkuasa untuk tentukan,” katanya pada pemberita selepas melawat pusat daerah mengundi di Sailan, Putatan hari ini.

Tiga belas kerusi baharu itu menyaksikan tambahan 6 kerusi majoriti orang Islam, 2 kerusi majoriti orang bukan Islam, 4 kerusi campuran dan 1 kerusi majoriti orang Cina.

Pintasan di Parlimen Kota Belut antara kerusi baharu itu, yang menyaksikan 90% pengundi beragama Islam. Kerusi majoriti orang Islam lain adalah Tanjung Dumpil bawah Parlimen Putatan, Pantai Dalit (Tuaran), Sungai Manila (Libaran), Lamag (Kinabatangan) dan Kukusan (Kalabakan).

Empat kerusi campuran itu ialah Bengkoka (Kudat), Darau (Sepanggar), Telupid (Beluran) dan Mengaris (Kota Marudu).

Dua kerusi dengan majoriti Bumiputera bukan Islam ialah Dambai (Papar) dan Tulid (Pensiangan).

Satu-satunya kerusi majoriti orang Cina ialah Segama di pekan Lahad Datu, bawah Parlimen Silam.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...