Get $25 free
loading...

Tugasan Mahathir Menjahanamkan Melayu, Baru Sahaja Bermula

Share This:

Sejak awal kewujudan Melayu di bumi Malaysia ini, sudah terlalu kerap bangsa ini diuji dan cuba dipecah belahkan samada oleh penjajah mahupun dari kalangan pengkhianat bangsa itu sendiri. Ada sahaja yng mereka cuba lakukan demi memastikan hasrat dan keinginan individu itu tercapai walaupun terpaksa menumpahkan darah dari kalangan sesama bangsa.

Sudah terlalu banyak contoh diperlihatkan bagaimana kaum Melayu itu dikhianati namun, semua itu masih lagi belum mampu memberi pengajaran berguna buat bangsa Melayu itu sendiri. Mereka masih lagi bermimpi bahawa kuasa adalah hak milik kaum Melayu dan tidak akan dicabar sehingga bila-bila. Mungkin betul tetapi hari ini, helahnya jauh lebih merbahaya.

Secara amnya, kaum Melayu dan Bumiputera adalah penduduk majoriti di Malaysia. Mengikut perangkaan, sebanyak 68 peratus kaum Melayu dan Buiputera mendiami tanah Malaysia ini. Justeru, bukan satu yang mengejutkan apabila komposisi kaum ini menjadi sasaran politik kotor untuk dipecahkan sekiranya mereka mahu berkuasa kelak.

Menjelang Pilihan Raya Umum ke 14 ini, setelah mereka gagal mempergunakan Datuk Seri Anwar dalam usaha mereka memecah belahkan kaum Melayu dan Bumiputera pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu, kali ini, Pakatan Harapan tampil dengan watak baru pula. Watak yang dimaksudkan adalah Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jika dahulu, sewaktu dia menjadi Perdana Menteri, dia selalu memperjuangkan hak Ketuanan Melayu di negara ini. Sering kali kita mendengar bagaimana Mahathir meningkah apa jua gerakan yang cuba dilakukan oleh DAP untuk menjahanamkan kaum Melayu dan Bumiputera sewaktu dia berkuasa.

Hari ini, situasinya sudah terbalik. Sebaik sahaja dia menyertai Pakatan Harapan, tugasan utama yang diberikan oleh ketua bagi segala ketua Pakatan Harapan, DAP, adalah menjahanamkan perpaduan kaum Melayu dan Bumiputera tanpa mengira apa jua jalannya. Bagi DAP, perpaduan Melayu dan Bumiputeralah halangan terbesar mereka untuk menawan negara dan sekaligus membentuk sebuah kerajaan.

Maka, bertindaklah Mahathir dengan menyerang Raja-Raja Melayu dan kaum Melayu itu sendiri. Siapa dapat melupakan bagaimana dia secara terbuka meningkah titah murka dua orang Sultan Melayu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Paduka Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah Al Haj dalam banyak isu terutamanya dalam isu penghinaan terhadap Bugis.

Kemudian, dia sewenang-wenangnya menuduh kaum Melayu sebagai pemalas dantidak mahu berusaha. Terbaru, dia menyelar graduan dari kaum Melayu yang memilih untuk menjual nasi lemak ditepi jalan atau memilih kerjaya sebagai pemandu Uber dan Grab. Apalah salahnya para graduan ini memilih kerjaya seumpama ini kerana hasil daripada kerjaya ini, jauh lebih lumayan dari apa yang diterima dari hasil makan gaji.

Jika ada yang merasakan, apa yang sedang dilakukan Mahathir ini sudah sampai kepada kemuncaknya, mungkin telahan ini silap. Mahathir tidak akan berhenti dari terus menyerang dan apa yang dilakukannya hari ini baru sahaja permulaan kepada satu episod penghinaan yang panjang hasil daripada kemahuan DAP itu sendiri.

Comments

comments

Related Post

Mahathir Kini Berada Di Fasa Kelima Rancangan Untu...
Senarai Dosa-dosa Mahathir Terhadap Rakyat Malaysi...
Pembangkang Memang Tak Suka Isu Felda Selesai Awal
Pakatan Pembangkang Rancang Pecat 600 ribu Penjawa...


lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...