Get $25 free
loading...

TIADA LAYANAN ISTIMEWA BUAT SELEBRITI DALAM PEMBAYARAN CUKAI – BAHAGIAN 1

Share This:

Pada tahun 2017, kegagalan artis melunaskan tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM300,000 menjadi tajuk utama berita, majalah dan laman sosial seperti mana notis muflis yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor.

Begitu juga kenyataan daripada pelakon kecil molek, Nora Danish turut dikecam netizen gara-gara mengeluarkan kenyataan tentang pelepasan cukai untuk penampilan diri buat golongan selebriti sepertinya.

Akibatnya isu yang tular ini, netizen berpendapat dan berpersepsi bahawa artis mendapat layanan istimewa daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) kerana tuntutan pelepasan terutama perbelanjaan operasi dari sudut penampilan diri.

Sebenarnya, LHDNM tidak memilih bulu dalam isu ini memandangkan layanan cukai yang diberikan adalah sama terhadap semua pembayar cukai di Malaysia sama ada golongan makan gaji, golongan berniaga, usahawan mahupun selebriti.

Layanan percukaian menurut konteks pekerjaan dalam bidang selebriti adalah sama dengan golongan individu yang menjalankan atau memperolehi pendapatan melalui perniagaan yang dijalankan dan Borang B perlu dikemukakan bagi tujuan ini.

Pihak LHDNM telah menegaskan bahawa potongan cukai untuk penampilan diri bagi semua penggiat seni tanah air telah diberikan selama ini.

Potongan cukai ini termasuklah bayaran jurusolek, sewa pakaian, pengurusan artis dan pengiklanan. Malah bukan itu sahaja, segala kos perjalanan seperti petrol, tol dan bayaran meletak kenderaan juga boleh dimohon jika mahu dikecualikan cukai.

Justeru, untuk perbelanjaan jenis ini, tiada peruntukan atau amaun tertentu yang ditetapkan. Maka, terpulang kepada perbelanjaan sebenar seseorang artis tersebut dalam menjalankan profesion mereka.

Setiap tahun, seperti mana pembayar cukai yang lain, penggiat seni perlu menghantar Borang B mengikut tarikh yang ditetapkan. Ini termasuk mengisytiharkan di dalam borang tersebut segala tuntutan perbelanjaan operasi setiap tahun.

Mereka perlu menyimpan semua dokumen sokongan seperti invois termasuk pembelian alat solek, baucer bayaran jurusolek dan pengurus artis, resit pembelian dan lain-lain yang terlibat.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...