Get $25 free
loading...

Sikap Prihatin MB Negeri Sembilan Sumbang RM20,000 Baiki Rumah Usang

Share This:

Sikap prihatin Menteri Besar Negeri Sembilan terhadap kebajikan rakyatnya terserlah apabila beliau meluluskan bantuan RM20,000 untuk membaiki rumah usang seorang warga emas di Kampung Bukit Temiang di Seremban, selepas menerima sepucuk surat daripada jiran lelaki itu.

Berita baik itu disampaikan Ketua MCA Bahagian Seremban Siow Koi Voon yang mengunjungi Abu Salleh, 61, di rumahnya di sini hari ini bagi menyampaikan hasrat kerajaan negeri.

“Bantuan ini bermula daripada sepucuk surat yang ditulis jirannya dari Bukit Temiang yang telah dihantar terus kepada Menteri Besar pada akhir November lalu yang menceritakan kesulitan dialami keluarga ini.

“Selepas membaca surat itu, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan telah memberi satu arahan kepada Pegawai Daerah Seremban untuk melantik kontraktor bagi membaiki rumah Abu,” katanya.

Beliau berkata Pejabat Menteri Besar meluluskan bantuan RM20,000 bagi kerja-kerja membaik pulih rumah Abu yang akan bermula dalam masa terdekat dan dijangka siap dua hingga tiga bulan lagi.

Abu yang kini tinggal bersama dua orang anaknya berumur 15 dan 21 tahun, menjalani kehidupan serba kekurangan di rumah usang itu kerana mengalami banyak kerosakan terutama di bahagian bumbung yang bocor apabila air memasuki rumahnya setiap kali hujan lebat.

“Sejak isteri meninggal pada 2010, saya tinggal di rumah ini bersama lima anak saya, tetapi tiga daripada mereka sudah menyewa rumah lain kerana sudah bekerja dan berkahwin. Tambah berat jika anak-anak yang lain balik rumah, ada di antara mereka yang terpaksa tidur di dalam kereta.

“Bantuan ini memang apa yang saya harapkan selama ini kerana sekurang-kurangnya dapat mengubah suasana kehidupan saya menjadi lebih baik, saya ucapkan terima kasih kalau sudah ada peruntukan untuk membaik pulih rumah ini,” katanya.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...