Get $25 free
loading...

Rumah Selangorku Azmin Bohong Pada Rakyat

Share This:

RAKYAT Selangor kini menyedari pakatan harapan yang diketuai DAP hanya menipu mereka dengan janji-janji palsu semata-mata. Mereka yang merasakan diri mereka teraniaya dengan pembohongan Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali mula tampil membuat pendedahan.

Azmin telah berjanji untuk menyediakan rumah mampu milik namun kita rakyat Selangor sedar janji tersebut hanya ‘hampas’. Seramai lebih 120 pemohon skim itu melahirkan rasa ti­dak berpuas hati.

Sis­tem serta tatacara pengurusan permohonan skim perumahan tersebut yang dilaksanakan menerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dianggap sebagai meragukan kera­na ada beberapa kes yang rekod pemohon ‘lesap’ daripada senarai LPHS.

Bagaimana rekod permohonan bagi Skim Rumah SelangorKu boleh hilang sedangkan pihak pemaju mengesahkan telah menerima permohonan bagi pembelian rumah dari jenis A, B, C, dan D di bawah skim ber­kenaan.

Bagi yang tersenarai dalam rekod permohonan LPHS, permohonan pula dikategorikan tidak lengkap walhal mereka te­lah mendapat surat pengesahan permohonan serta surat tawaran yang dikeluarkan oleh pihak pemaju sebelum ini.

Terlalu banyak masalah salah laku timbul dalam pentadbiran kerajaan pakatan di Selangor. Berdasarkan kepada situasi yang wujud dalam Skim Perumahan Se­langorKu ini, kemungkinan besar wujudnya amalan salah laku atau tadbir urus dalam pengurusan tersebut.

Terlalu banyak percanggahan berlaku dalam proses permohonan di antara pihak pemaju yang dilantik kerajaan negeri pakatan dengan LPHS.

Skim Perumahan Se­langorKu merupakan sebahagian daripada manifesto pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Comments

comments

Related Post

Skandal Seks Azmin Dicabar Buat Laporan Polis
“People Economy” : Melestarikan Pemban...
PERIKSA BAKI CUKAI ANDA di e-LEJAR
Gobind Mahu Dzulkifli Digulingkan Untuk Selamatkan...


lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...