Get $25 free
loading...

#PRU14 : Politweet Sudah Ramal Pakatan Harapan Akan Kalah

Share This:

Satu kajian dari satu firma pengkaji Politweet mendapati corak kemenangan yang bakal diperolehi oleh pembangkang pada PRU14 nanti akan menyebabkan Pakatan Harapan (PH) kalah dan terus gagal untuk membentuk kerajaan selepas hari mengundi nanti. Politweet juga melihat DAP akan mendapat kemenangan paling banyak dalam pembangkang berdasarkan sokongan kepada mereka pada pilihan raya sebelumnya berbanding parti lain.

Mereka dapati parti PPBM adalah yang paling teruk bakal menerima kekalahan nanti. Parti itu diketuai oleh Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi, Muhyiddin Yassin sebagai Presiden, anak Mahathir, Mukhriz adalah Timbalan Presiden.

Dalam pengagihan kerusi untuk PH untuk PRU14 di Semenanjung, PPBM diberikan kerusi paling banyak iaitu 52 kerusi, PKR 51 kerusi, DAP 35 dan PAN hanya diberikan 27 kerusi.

Dalam analisis Politweet berdasarkan keputusan PRU13 pada 2013, DAP dikatakan akan menang paling banyak iaitu 31 kerusi hanya kalah 4 kerusi sahaja, PAN akan diramalkan menang 18 kerusi manakala PPBM paling teruk daripada 52 kerusi yang diramalkan menang hanya 6 sahaja.

Kalau tengok pada trend pada PRU13, DAP menang 31 kerusi daripada 36 kerusi yang mereka bertanding hampir sempurna. Kemenangan DAP pada ketika itu ialah 86.1 peratus hanya kalah 5 kerusi. Pada PRU14, mereka hanya kurang satu kerusi dengan rekod kemenangan 31 kerusi.

Jika semua 31 kerusi sama DAP menang, peratusan kemenangannya 88.5 peratus. Analisis Politweet menunjukkan PPBM mungkin menang 6 sahaja dari 52 kerusi yang mereka bertanding dengan peratusan 11.5 peratus sahaja.

Dengan parti PAN tidak puas hati dengan pembahagian kerusi di beberapa buah negeri ini membuatkan lagi peluang pembangkang untuk menang sukar kerana mungkin disabotaj penyokong sendiri. PAN di Wilayah Persekutuan tidak berpuas hati kerana tidak mendapat sebarang kerusi untuk bertanding pada PRU14 selepas kerusi Titiwangsa diberikan kepada PPBM.

Amanah Johor bengang kerana hanya dapat dua kerusi di Pulai dan Parit Sulong sedangkan mereka mahu bertanding di kerusi Simpang Renggam. Penyokong PAN di Perak juga tidak berpuas hati apabila mendapat empat kerusi sahaja iaitu di Parit, Bukit Gantang, Parit Buntar dan Lumut.

Jika ramalan kemenangan itu berlaku, Politweet meramalkan PH hanya boleh mendapat 83 kerusi sahaja dan tetap gagal membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan.

Ini ialah taktik DAP untuk membuatkan PPBM syok sendiri kerana Pengerusi mereka Mahathir kononnya sudah dicalonkan sebagai Perdana Menteri padahal mereka tahu PPBM akan kalah banyak kerusi kerana calon mereka tidak ada rekod prestasi berkhidmat kerana kali pertama bertanding pada PRU14.

Mereka jadi akan terus jadi pembangkang dan DAP akan terus jadi kuasa paling utama dalam PH biarpun Mahathir yang jadi Pengerusi.

Bukan mudah rakyat hendak berubah hati dan undi pembangkang kerana sebahagian besar rakyat tahu akibat kalau mandat diberikan kepada pakatan yang celaru ini. Calon PM pun sampai hari ini masih tidak selesai betul-betul, pembahagian kerusi pun masih bermasalah, apatah lagi konflik dalaman.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...