Get $25 free
loading...

Polis temubual semua pihak dalam kes pelajar cuba bunuh diri

Ketua Polis Pulau Pinang Thaiveegan Arumugam berkata mereka akan berusaha sedaya upaya siasat kes itu yang mengejutkan orang ramai.

M-Vasanthapiriya2GEORGE TOWN: Polis sedang menemubual semua pihak yang terlibat dalam kes M Vasanthapiriya, seorang pelajar Tingkatan 2 yang cuba membunuh diri selepas mendakwa dirinya disalah tuduh mencuri telefon bimbit gurunya.

Ketua Polis Pulau Pinang Thaiveegan Arumugam berkata mereka akan berusaha sedaya upaya menyiasat kes itu dan akan berlaku adil pada semua pihak.

“Kami sangat bersedih dengan apa yang berlaku. Kami akan siasat semua aspek kes ini,” katanya kepada FMT.

Thaiveegan berkata Vasanthapiriya dalam keadaan kritikal dan berharap beliau akan segera pulih untuk membantu polis memahami keadaannya.

“Doa kami bersamanya dan saya harap dia akan terjaga untuk beritahu kisahnya kepada kami,” katanya.

M Vasanthapiriya, 13, dari SMK Methodist di Nibong Tebal, cuba membunuh diri di rumanya selepas rayuan tidak bersalahnya tidak didengari penuduhnya.

Dalam kejadian 17 Januari itu, penuduh, seorang guru berusia 40-an, dan 2 guru lain didakwa mengurung pelajar itu di pejabatnya.

Vasanthapiriya didakwa dimarahi dan diancam akan dilapor kepada polis jika tidak mengakui perbuatan itu. Kemudian, Vasanthapiriya dikurung dalam sebuah bilik hampir 5 jam.

Penuduh kemudian membawanya pulang ke rumah dan bertemu ibu bapa Vasanthapiriya. Apabila ibu bapa pelajar itu keluar bersama penuduh dan suaminya, Vasanthapiriya menggantung dirinya dengan selendang di dalam biliknya.

Beliau meninggalkan nota: “Cikgu, saya tidak curi telefon cikgu”. Dia kini dalam keadaan koma dan sedang dirawat di unit rawatan rapi Hospital Seberang Jaya.

Sementara itu, guru terlibat dipindahkan sehingga siasatan selesai, kata Jabatan Pendidikan Pulau Pinang semalam.

Timbalan Pengarah Mohd Jamil Mohamed berkata guru terlibat akan melakukan kerja-kerja pejabat di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Seberang Perai Selatan sementara siasatan dalaman sedang berjalan.

“Jabatan membuka kertas siasatan ke atas kejadian itu mengikut tatacara operasi standard. Kami tidak bertolak ansur dengan kesilapan yang dibuat oleh mana-mana pihak. Buat permulaan, guru terlibat sudah ditempatkan sementara di PPD Seberang Perai Selatan sehingga siasatan selesai.

“Kami juga akan bekerjasama dengan polis dalam perkara ini,” katanya kepada pemberita di Hospital Sebarang Jaya selepas melawat keluarga pelajar itu.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...