Get $25 free
loading...

Pelajar maut ditimpa kerusi pejabat

Kerusi itu dipercayai dicampak dari tingkat atas pangsapuri PPR Seri Pantai, Pantai Dalam dan mengenai kepala mangsa.

Seri-PantaiKUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki maut selepas sebuah kerusi dipercayai dicampak dari tingkat atas pangsapuri di Blok 102 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai, Pantai Dalam, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Ruslan Khalid ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian berkenaan.

Beliau berkata mangsa dikenali sebagai S Sathiwaran merupakan pelajar tingkatan 3 di sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa ingin memasuki bahagian flat yang tertutup berhampiran kawasan tangga bersama ibunya, sebelum ditimpa sebuah kerusi pejabat dipercayai dicampak di tingkat atas dan mengenai kepala mangsa.

“Bagaimanapun ibu mangsa terselamat manakala mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi.

Roslan berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 304 A Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kematian secara cuai dan siasatan punca kejadian masih disiasat.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...